Thursday, August 14, 2008

TENTANG PULAU CINTAMANI

SEJAK tiga tahun “dipaksa” mengajar di sini, saya selalu berharap anak-anak didik saya akan selalu menjadi lebih baik daripada saya. Kalau tidak sebagai pembimbing (saya tidak suka dipanggil pensyarah – saya belum sampai ke takah itu), ungkapan itu hanya tinggal sebagai retorik saja. Tapi sungguh, sejak terjun dalam dunia akademia, perasaan itu mengalir datang sendiri – benar-benar berharap mereka akan berjaya dan menjadi lebih baik daripada saya.

Ada kawan secara gurau pernah berkata antara sebab dia tak mahu menjadi guru adalah sebab takut anak murid nanti akan jadi lebih pandai dari dia. Pulak, gerutu saya. Dia berlucu dalam serius. Persis guru silat lagaknya. Barangkali nanti takut muridnya akan berlagak pandai depannya, atau malu kalau murid lebih pandai daripada kita.

Tetapi biarlah. Saya tetap menyimpan doa. Dan selalunya bila tiba masa saya mengajar, saya akan bagitahu di hujung semester nanti, saya akan memberikan hadiah kepada pelajar saya yang cemerlang dalam peperiksaan dan kerja kursus mereka. Bunyinya sedikit bodoh dan hendak memanjakan budak-budak. Tak apa, biarlah.

Ceritanya, semester lepas, kuliah saya terdiri dari pelajar yang baik-lurus-lurus bendul. Ada dua tiga orang yang nampak matang, sedikit mendahului rakan-rakan yang lain. Di dalam kelas, saya berkata siapa yang cemerlang ini akan saya hadiahkan tiket penerbangan ke Pulau Cintamani. Budak-budak heboh bertanya di mana pulau itu. Seronok bukan main, dan masing-masing berharap akan berjaya. Dapat pergi melancong kata mereka. Wah, excited betul budak-budak ni, senior-senior tahun lepas pun tak bergedik begini. Barangkali Cintamani itu yang mengumpan mereka.

Yang “manja-manja” bertanya kalau dia dapat takkan pergi seorang? Saya acah, saya temankan. Sebab itu saya nak bawa seorang saja. Kelas jadi hingar. Haha. Mereka memang jenis yang baik-lurus agaknya. Senior-senior dulu pun tak lurus kayu macam mereka. Tapi saya senang dengan team ini. Kalau buat aktiviti Fakulti seperti Seminar, Malam Puisi atau apa-apa, mereka inilah yang akan ke depan menolong saya. Cuma sayang, kurang lelaki. Berlebih-lebih perempuan di Fakulti saya. Daripada 18 orang satu kelas kursus saya, cuma ada empat lelaki. Untuk pengambilan pelajar baru semester ini, pelajar Penulisan ada 22 orang, lelaki hanya empat. Itu kira ok lagi. Masa saya di kampus dulu, untuk major sastera, daripada 70 orang, hanya ada lapan lelaki. Kalau buat program, bab-bab nak mengangkat barang berat-berat, fuh berderau!

Saya ingatkan Cintamani berakhir di kuliah saja. Perkataan itu rupanya mengganggu mereka hingga ke malam menjelang peperiksaan pagi besoknya. Ramai yang bersms malam-malam, bertanya-tanya soalan ramalanlah, supaya senang score. Ada yang minta tangguh hantar tugasan, hendak buat lagi baik. Dengan harapan akan ke Pulau Cintamani. Kalaulah saya bagitahu mereka cintamani itu nama sejenis ular, apa agaknya reaksi mereka waktu itu.

Dan sewaktu semester baru dibuka minggu lepas, ada yang datang bertanya tentang hadiah yang dijanjikan, siapa yang dapat. Saya hanya senyum-senyum. Saya hanya menunggu kedatangan seseorang. Hinggalah bila dia duduk di depan saya, saya hulurkan beberapa naskhah buku, termasuk sebuahnya buku kumpulan puisi saya. Kepada pelajar ini saya bagitahu inilah cintamani. Dia tersenyum. Berkawan-kawan dengan penjual minyak atar, tak banyak sikit baunya akan dapat kita rasai. Begitu jualah harapan saya dengan pemberian kecil ini, moga-moga aroma buku-buku itu akan membangkitkan semangat mereka untuk terus memburu ilmu dan berjaya di masa hadapan.

Pemberian saya memang tersangat kecil, tetapi harapan saya lebih besar dari itu.

12 comments:

Anonymous said...

i`m back...cintamani? hahaha...

benuasuluk said...

anony,
i'm back? oit oit ni saper?

Anonymous said...

salam sejahtera,
nasib baik cintamani mokalu kata magie cintan sorang satu kat depa lagi surrr...huuu..

benuasuluk said...

awang,
magie cintan tidak berapi. haha.

Denanz ... said...

best wooo dapat pensyarah macam ni!

benuasuluk said...

denanz,
memang best, sebab tu ramai yang "manja-manja". Ba hak hak.

Sari Dahlia said...

Sya tahu cintamani kat mana? he2 kat Indonesia kan...! he2

benuasuluk said...

czuka,
banyak la awak punya indonesia. Jom kumpul duit kita pergi tempat yang jual kain samarinda.

Anonymous said...

Betul ke senior tiada yang tergedik-gedik? Saya rasa ada kot. Hehehe

benuasuluk said...

Epol (mengapa sembunyi diri di sebalik nama ?),
terima kasih kerana singgah. Senior batch awak bukan tak ada yang gedik, cuma tak cukup gedik. haha. Saya nak tengok sapa student yang berani "goyang gerudi" dengan saya. Hak hak.

Anonymous said...

Heheh, wah ! Maknanya batch bawah saya ni lagi dasyat rupanya menggedik. Kalau ada student yang berani goyang gerudi inul, Cek wan kena la hadiahkan student tu poster Chairil Anwar yang tergantung di bilik Cek Wan. Berani Cek Wan? ;o

haha

benuasuluk said...

Anony,
ni saper pula?
Poster Chairil? Yang tergantung di bilik? Asal tak nak ambik sekali bilik saya sekali? hahaha.