CERITA LAMA
KETIKA sibuk membuka kembali fail lama penulisan, saya menjumpai artikel ini. Sudah kusam warnanya. Saya tidak mengenali si penulis ini. Bahkan jauh sekali untuk mendendaminya. Cerita-cerita ini sudah agak lama berlalu, waktu pemilihan teks komsas dulu. Komsas yang digunakan sekarang sudah memasuki tahun-tahun yang penghujungnya. Ketika heboh tentang kronisme dalam pemilihan teks komsas, entah bagaimana nama saya terheret sekali. Macamlah saya ini menantu Rahman Shaari.
Kecewa? Ya, sedikit rasanya waktu itu. Apatah waktu itu di kampus sebok-sebok menghentam Hizairi. Termasuk pensyarah pun. Prejudis waktu itu mengheret-heret sampai ke bilik kuliah. Tapi cakap Hizairi masih saya ingat sampai sekarang. Biarlah, kalau tak ada komsas pun belum tentu kita mati kebulur. Memang agak keras, tapi itulah kata-kata yang barangkali wajar buat ketika itu. Panas dunia sastera waktu itu sampai terheret ke ruang tutorial. Bahkan ketika cerpen Hizairi epi(aka)demik tersiar di akhbar, ramai benar di kampus yang “menjeling-jeling” waktu itu.
Dan selepas hampir 10 tahun berlalu, dan ketika sibuk-sibuk heboh untuk menukar teks komsas kepada yang baru, saya menjumpai kembali artikel ini. Rasanya, tidak langsung berbekas ketika ini, tidak sama seperti dulu. Barangkali usia dan kematangan sudah meningkat. Ketika warnanya sudah kusam, dan ketika saya masih berada di “sini” dengan payah, tapi penuh kepercayaan – saya cuma ingin bertanya, di mana si penulis artikel ini berada sekarang?
Bicara Buat Guru memang telah menjadi sejarah dalam hidup saya. Tak mungkin akan terpadam. Tetapi beban sejarah dulu sekali-sekala akan tetap jua mengekor kita. Ketika berbengkel di Genting bersama Rahman tahun lalu, dia ada bercakap ternampak manuskrip Suluk Cinta saya di Dewan. Tapi dia berkata tidak bercadang untuk menjadi penilainya. Saya hormatinya. Tak tahulah saya kot-kot Rahman turut berkecil hati dengan artikel itu bawa sampai sekarang. Dan seingat saya, saya tidak pernah pun mengucapkan terima kasih saya pada Rahman kerana memungkinkan puisi saya turut terpilih dalam teks komsas tingkatan dua, Seuntai Kata Untuk Dirasa. Tidak pernah!
Saya jarang bersua Rahman. Dalam majlis-majlis sastera, kalau bersua pun jarang benar kami dapat bercakap lebih dari sekadar bertanya khabar; sekadar berbasa basi. Sekadar menghormati dia mahaguru saya, pernah membimbing saya dulu. Kalau terlebih pun, sekadar dia “memuji-muji” perut saya yang makin ke depan. Dia jarang bertanya perkembangan menulis saya (walau saya percaya, dalam diam sebagai guru dia mengikuti secara diam-diam perjalanan seni semua anak didiknya). Dan kerana “batasan” seperti itu, membuatkan hormat saya pada Rahman tidak pernah surut ke belakang.
Saya memang tidak mengenali penulis artikel ini. Bahkan jauh sekali untuk mendendaminya. Lebih jauh untuk cuba-cuba berkenalan dengannya, atau bertanya siapa si penulis ini. Cerita pun sudah lama berlalu, tak guna kalau saya cuba mengenangnya. Saya cuma tertanya-tanya, di kala azam dan impian serta kecintaan saya kian menggunung, di kala semakin yakin dengan “keberadaan” saya, di mana dia “sekarang”?

8 comments:
salam sejahtera,
setahu aku perut hang dari pra-u dulu dah kemas kedepan huhuhu...
wahhh...siapa ridzuan harun?peneka lagu yang terbilang di zaman pra-u.
suluk,
mai lah permatang pauh. syok!
pasal cintamani tu, aku di tahun 70-an dah main drama skrip zain arif di morib. ketika tu ada pelakon dari banting peluk dan cium aku di belakang pentas.
sayang ketika itu aku bodoh.
salam tukya.
Sdr Ridzuan: Salah satu "satira" yang menarik.
awang,
kerana perut yang selalu ke depan, aku selalu mendahului apa-apaun - hatta merebut awek-aweks pun. Tentu hang masih ingat asyik awek yang hang nak semua aku dapat. ha ha.
tukya,
kalau tukcai pada waktu tu dah cerdik, apa akan dibuat pada pelakon tu? Nak peluk sama atau bagi penendang saja? Haha.
satira,
memang itulah kehidupan. Kadang-kadang hidup juga terasa manis walau sebenarnya ada pahit. Yang penting bagaimana hendak mengisi keberadaan kita itu.
Hang menantu Rahman Shaari?Boleh gak,tak mustahil...kui kui kui!
Wan,Rahman pernah bagitau kat mak aku,'buat apa nak sekat anak-anak kita kalau depa ikut jejak kita.Kalau anak-anak kita bertanding,kita janganlah jadi hakim.'
Tapi orang akan bising jugak walaupun mak pak tak jadi hakim.Nak buat camna,semua yg ada dalam puak2 sastera ni kawan2 kita gak.
Siapa Ridzuan Harun?Dia menantiku di bawah pokok sena bersama sepiring tepung talam.
takpa, takpa wan. moga2 "dia" tu baca blog hang. dan dia akan tabik spring sambil guling2 mengakui "keberadaan" seorang penulis/penyair yang kian tersohor bernama ridzuan harun.
Rai,
Biarlah, masa alan menentukan di mana kita akan pergi lepas ni. Esok-esok kalau anak-anak kita juga terjun ke bidang yang sama dengan kita,kita sokong habis-habisan.
Che Nan,
saya belum tersohorlah bang. haha. Takpa bang, artikel ni tak membekas pun. Saja dok buka fail lama, tiba-tiba terjumpa.
Post a Comment