Monday, August 25, 2008

“dari Pokok Sena ke Padang Merbok: Biografi berendoi-marhabban-rock n roll Enche Wan”

MINGGU lepas, saya didatangi pelajar saya. Bukan seorang. Tapi dua. Dalam dua waktu yang berbeza. Mahu membikin kerja kursus mereka. Berkaitan saya. Mahu buat biografi. Mau pitam saya mendengarnya. Budak-budak ini hilang akal ke apa? Hangpa tau dak biografi tu "menatang" apa? Walaupun hanya kerja kursus berkaitan dengan subjek penulisan biografi, bagi saya pemilihan bahan atau tokoh tidak boleh dibuat main-main atau sambil lewa saja.

Ini adalah penyakit tipikal pelajar yang hanya mahu hidup dalam kepompong. Mereka hanya selesa dengan apa yang ada di depan mata. Tak mau sedikit susah, hanya tahu rembat saja. Saya kira begini: Tokwan saya adalah seorang bomoh di kampung. Dalam kampung, bukan semua orang boleh jadi bomoh. Sebut saja Pak Ngah Musa, semua orang kenal, dari Simpang Kebun 500, membawa ke Tualang, Jabi, Telaga Mas dan Nawa di Pokok Sena. Hebat tu jadi bomoh. Bakatnya, bakat asli – bukan tempelan seperti bakat artis separuh mentah-separuh loya seperti sekarang ni. Zaman mudanya, dia pernah turut serta mengangkat senjata melawan penjajah. Inggeris dan juga Jepun. Ini amat diingatinya sampai sekarang.

Tapi, saya tak ada cita-cita untuk menulis biografi perihal Tokwan saya. Buat apa! Sebab apa? Sebab saya rasa Tokwan saya bukan tokoh (walau pun dia Tokwan saya). Kalau saya buat buku Biografi Tokwan saya, nescaya hanya enam naskhah percuma penulis saja yang boleh “jalan.” Orang takkan beli, dan orang takkan membacanya.

Mungkin analogi ini sedikit keras. Lagi pun mereka pelajar saya. Apatah lagi ini hanya permintaan kecil untuk kerja kursus mereka. Tapi, apakah salah kalau tugasan ini dibuat serampang dua mata - untuk tugasan dan juga seolah-olah bakal terbit di mana-mana penerbitan. Di dalam kuliah-kuliah saya, selalu saya sebutkan – jangan menyiapkan tugasan sekadar hanya untuk tugasan semata-mata; sekurang-kurangnya anggaplah akan dihantar untuk mana-mana penerbitan. Barulah hasil tulisan atau karya kita akan menjadi sedikit lebih baik daripada biasa. Selalulah untuk sedikit “berlebih susah.” Nampaknya mereka tidak hadam nasihat ini. Gamaknya, koman sungguh pensyarahnya ini sampai nasihat semudah ini tak boleh pakai. Saya takut mereka hanya nampak dunia seputar mereka sahaja hingga terlupa di luar sana juga ada ruang yang lebih meyakinkan untuk mereka. Mungkin silap saya, saya juga selalu naif.

Memang saya berbulu bila ada pelajar datang merengek-rengek seperti ini. Buta perut betul, macamlah saya ni star nyanyi-nyanyi yang mereka gila-gilakan. Cubalah pergi jauh sedikit; keluarlah dari bayang-bayang sendiri sekejap. Saya bukan marah, tapi saya tak tahu ungkapan apa yang lebih baik, selain dari marah? Agaknya biografi tentang saya ini mungkin berjudul dari Pokok Sena ke Padang Merbok: Biografi berendoi-marhabban-rock n roll Enche Wan. Ha ha.

Dalam keadaan yang masih sabar, tenang dan penuh senyuman, kepada mereka saya menolak permintaan mereka dengan ungkapan:

“Saya belum mau mati lagi!”

14 comments:

Anonymous said...

salam sejahtera,
la hang cucu tok bomoh ka rupanya?tak hang aku tengok macam bohmau jer huhuhu.kalau kat tempat keje aku sapa-sapa yang `bomoh`kena pulau sebab banyak yang bohmau hahaha.

benuasuluk said...

awang,
apa bomoh hang ingat semua mengarut ka? Kat tempat kerja hang tu yang aku tau hangpa semua pakat gila bomoh "lori hantu". betoi dak? Haha.

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

La... siapalah yang nak buat biodata en.wan tu ye? Ish3 saya rasa saya tau kot...hi3

benuasuluk said...

diari kampung tengah (macam zombie kampung pisang) haha,
TK singgah. wah dah ada blog buat senyap-senyap. Bukan nak buat biodatalah yang oii, biografi lah. Ni lagi sorang nak kena ni.

adiratno said...

Salam WAN,

Bila aku baca posting hang nie, baru aku ingat balik apa yang bos-bos aku dok cakap, pensyarah-pensyarah aku cakap dan cikgu-cikgu kita cakap dulu (tak termasuk Cikgu Saja, Cikgu Mona & Cikgu Munirah)...lagu tue la kot kita dulu-dulu..la pulak hadap bos besaq, lagi la besaq dia punya expectation dia. Aku pun belum mau mati, tapi rezeki, ajal dan jodoh Tuhan tentukan.

SAJA, MONA hampa kat mana aaaa..rinduuu

benuasuluk said...

Adi,
lama hilang tak mai sini, apa crita?
Mona, Munie, maksu masih di Sabah. Aku selalu juga dok contact dia. walaupun dia dah bini orang, aku tetap macho di hati dia. tu yang selalu berhubung. haha.
Saja? Last aku tau ada di Penang. Sejak dia merelakan diri menjadi janda aku, entah pi ke mana aku pun tak tau. Haha. Hwai See? Waaa, yang ni buah hati yang paling aku rinduuuu....

SATIRA + KACAU said...

Sdr. Apa salahnya ditokohkan. Ala, malu-malu kuching pulak. Hi.Hi.Hi.
Macam Satira + Kacau pulak.

benuasuluk said...

Satira,
saya belum benar-benar tenar. Haha. lainlah seperti saudara. Nanti saya rekemenkan pelajar saya cari saudara untuk dibiografikan, nak ke?

Denanz ... said...

ok la tu wan. depa tu respek tok guru. nak ambik berkat. haha.

benuasuluk said...

Che Nan,
wo, berkat! nanti jadi tok keramat pulak. haha.

Anonymous said...

aku rasa tak mau komen apa-apa. Biografi ? hm... fotografi boleh le kot...

benuasuluk said...

cintasuci,
fotografi? Emm, kadang-kadang boleh la nak fotografi dengan pelajar. Biografi yang tak sanggup. Kita orang kecik saja...

Anonymous said...

Hahah, Cek Wan, ada yang minta Haji Ghazali tak? Tak pon Hassan Mutalib?

benuasuluk said...

epool,
awak dik sebok tanya kengkawan awak. Awak sendiri nak buat biografi sapa? Pergilah awak minta buat biografi En. Ghazali. Haha.