Thursday, August 28, 2008

CERITA YANG DIULANG-ULANG

SEPANJANG minggu ini saya sampai ke pejabat dengan jiwa senak. Oleh kerana sekarang musim hujan, hari-hari saya bawa kereta. Bahkan sepanjang bekerja, 2008 lah tahun paling banyak saya memandu kereta ke pejabat. Selalunya kapcai buruklah yang selalu meneman saya.

Tapi punya celaka sepanjang minggu ini. Bukan, bukan kerana hujan. Tapi jalannya yang sendat. Orang Pokok Sena macam saya dan orang Jitra macam Nanjamil selalu sebut macet. Haha. Ini semua pasal cerita hendak sambut ulangtahun merdeka. Beberapa jalan ditutup untuk raptai. Hari Isnin saya sampai lapan setengah lebih. Punch card dah merah. Hari Selasa tepat-tepat sewaktu saya mengetik kad, jam menunjukkan pukul lapan. Fuh, ngam-ngam.

Hari Rabu yang paling celaka. Dah sembilan setengah lebih baru sampai pejabat. Hampir-hampir ke pukul sepuluh. Ada pensyarah telefon saya, minta bagitahu pelajar kuliah pagi mereka sedikit lewat bermula kerana kesesakan yang teruk. Saya pun dalam kereta, macamana nak bagitahu pelajar. Hanya sempat sms pada seorang, minta dia sebar-sebarkan. Hari ini, Khamis, hampir jam sembilan baru sampai. Puaka betul.

Saya bukan tak patriotik. Saya bukan tak nak meraikan ulangtahun kemerdekaan. Tapi, kami nak bekerja, beb! Nak cari makan. Nak bela bini. Nak bela anak-anak. Saya boleh tak pedulikan saja, datang lambat pun hujung bulan gaji masuk juga. Tapi kami nak bekerja dengan seronok. Kalau sampai pejabat, duduk kumpul ramai-ramai dok maki-maki, dok menyumpah-nyumpah pasal jalan jam apa ke halnya? Mood kerja dah lari, bro!

Saya ulang, bukan saya tak patriotik. Bukan kita semua tak berjiwa kenegaraan. Tapi, kita nak bekerja. Buatlah raptai lewat sedikit, selepas orang masuk kerja. Tutuplah jalan lewat sedikit, selepas orang semua dah punch card masuk kerja. Tutuplah semua jalan pun lepas tu, tak ada hal. Lagi bagus, pergilah buat raptai di Kulim dekat rumah Tukcai. Atau pergilah buat raptai di Balok dekat rumah Marsli. Nanti Marsli boleh bawa pekena nasi lemak dan nasi kerabu. Betul, ada warung di Balok nasi lemak, nasi berlauk dan nasi kerabunya pergghhh sedap bukan main. Cuba tanya Marsli betul ke tak cakap saya. Nak seronok lagi pergilah buat raptai di Bera, dekat rumah penyair Sahrunizam. Saya dah sampai ke sana hampir sepuluh tahun dulu, malah pernah jejak sampai ke Triang – waktu menghendap-hendap mencari di mana novelis Tuan Faridah bertapa. Memang seronok, dengan kawasan yang menghijau. Saya jatuh cinta waktu tu, jatuh cinta dengan keramahan Tuan Faridah dan jatuh cinta dengan kawasan hulu yang memikat. Di mana ya Tuan Faridah sekarang?

Ha pergilah cuba raptai di sana. Pergilah tutup jalan di sana. Ada berani? Orang kampung pun nak sambut juga merdeka saya rasa. Sekali sekala “pindahkan” sekejap Dataran Merdeka ke sana. Kalaulah hari tu saya masuk olimpik dalam acara main tembak cakplong, dan dapat pingat emas, tentu saya dapat sejuta. Balik Pokok Sena sekejap, depa bagi pula gelar-gelaran kat saya. Dengan title jutawan, saya bercadang nak beli tempat kerja saya, dah pindahkan pejabat ke Serdang. Haha. Kalau boleh buat sebelah-sebelah dengan UPM. Haha. Senang saya nak datang kerja. Jalan kaki pun tak apa. Jadi warden pun tak apa rasanya. Senang Haji Shamsudin nak datang mengajar part time kat situ. Senang Nisah Haron nak datang bernazam bila saya jemput. Senang nak bawa Zakir bentang kertas kerja kalau buat seminar. Senang lagi si Nazmi yang suka berkawad tu nak datang cover bila saya undang. Haha.

Inilah cerita yang saban tahun diulang-ulang. Saya bukan tak bangga dengan negara kita, bangga sangat dong! Tapi itulah, dalam kereta sepanjang 15 kilometer lebih nak masuk KL kalau takat main gear satu, gear dua je mana boleh tahan. Sampai pejabat lewat, letih, bengkak lutut, marah-marah, macam mana nak bekerja dengan tenang dan cemerlang? Tak cemerlang, macam mana nak gemilang? Tak gemilang macam mana nak terbilang? Itu belum kira tuntutan ISO lagi.

Patriotik tak pernah surut pun di jiwa kita. Tak bolehkah kita sambut merdeka di masjid saja, baca yasin, sembahyang hajat minta negara kita terus makmur bahagia, rezeki murah, bersatu padu dan diredhai Ilahi? Dan benderanya, kita kibarkan saja di jiwa kita! Taklah nanti orang Bandaraya nak terbongkok-bongkok kutip bendera yang tercampak di atas jalan.

14 comments:

Anonymous said...

salam sejahtera,
hah buat lah hari merdeka kat pokok sena ka aloq staq ka.hah apa kejadahnya asyik-asyi dok buat kat dataran rempit.

adiratno said...

Aku jugak last sekali untung, kerja kat P, rumah kat P, tengahari boleh balik lagi makan kat umah. Minyak moto pun tak sempat surut.

benuasuluk said...

awang,
tak payah buat di pokok sena. Orang pokok sena semua nak pi motong getah. tak pi motong, dapur pula tak merdeka. haha.

Adi,
Putrajaya, here we come. Haha. haha. haha.

Nisah Haji Haron said...

Suka dengan ayat ini :

"Dan benderanya, kita kibarkan saja di jiwa kita!"

Ya, merdeka itu letaknya di jiwa bukannya di Dataran Merdeka!

benuasuluk said...

Kak Nisah,
Merdeka!

SATIRA + KACAU said...

Aku ingat orang yang tidak kibar bendera macam petani kat tengah bendang tu lagi patriotik berbanding kita.

benuasuluk said...

Satira,
Betul, sokong cakap sdr.!

Coolit babi said...
This comment has been removed by a blog administrator.
SATIRA + KACAU said...

Mereka tetap kena adakan acara ini saban tahun. Kerananya, selepas acara itu, dalal untuk juak dan monyet rakus itu pun banyak juga.

Cuba kaukira, bahagian bendera, bahagian pesan makanan kotak, bahagian sewa menyewa dan banya benda lagilah, semua ada dan akan dapat bahagian dia kan?

Satira + Kacau

Anonymous said...

Apa punya bodoh manusia coolit babi. Sudahlah nama coolit babi. Memang perangai babi. Kalau rasa benci sangat kat dia tu, kenapa tak pergi jumpa dia sendiri beritahu, kenapa nak membel kat sini. memang tongon dan babi kau ini

benuasuluk said...

sdr. coolit babi,
salam ramadan. Di sini, blog bebas untuk berkata-kata, bukan untuk hamun dan maki-maki. Saudara pun, Islam kan? Kalau bagus, jangan datang lagi ke sini. Pergilah jumpa orang yang sdr. tak puas hati, dan bercakaplah dengan dia sendiri.Sdr. faham, bukan?

benuasuluk said...

sdr. satira,
banyak untung tu.

sdr. anwar,
terima kasih. Saya hargai pandangan sdr.

Denanz ... said...

pak,
waduh! macet ya pak? hahaha.
wan, apa ada hal kalau lewat pun. alasan kukuh. cuba try test tengok pi buat di pokok sena. baru la belaqak dengan pisau motong.

benuasuluk said...

Che Nan,
pokok sena? tobat tak mau punya. Takut nanti banduan penjara pokok sena saja pakat keluaq belaghak. pisau motong tetap dok dalam kebun. haha.