Thursday, July 10, 2008

FRAGMEN "PUISI YANG MUNGKIN TERKUBURKAN"

SESEKALI saya akan menulis puisi seperti ini. Sesekali akan saya tuliskan puisi untuk kawan-kawan. Memang sengaja saya namakan ia sebagai Fragmen Puisi Yang Mungkin Terkuburkan. Mungkin tak akan disiarkan di mana-mana. Harap sahabat ini singgah di sini, lalu membacanya. Walau dia mungkin tak meninggalkan apa-apa catatan.

Selamat Pagi
(Kepada Amir)

selamat pagi, tan sri
ketika kau menguak jendela subuh
kerusi itu masih ada di tengah rumahmu
gosoklah ia, gilaplah ia
moga kerusi ini menjadi abadi.

selamat pagi, tan sri
dua tahun ke depan seperti terlalu panjang
bahkan 14 tahun di belakang sudah terlalu lama
apa yang kau cari, tan sri
apa yang tak kau temui, tan sri
mimpi apa yang masih kau tunggu, tan sri?

selamat pagi, tan sri
ketika di sini bangsamu ditunda musibah
dan nasib melayu kian kabur di tanah sendiri
di ranah mana, kau mahu
menggali akal dan nasib melayumu?

selamat pagi, tan sri
ketika para sasterawan menjadi seperti belacu
dan merintih dalam nestapa
di mana engkau berdiri
ketika bahasamu menjadi seperti piatu di laman rumahmu
di mana engkau sembunyikan suara melayumu?

selamat pagi, tan sri
ketika kita berdiri berbenteng betis
menahan asakan perang budaya
di mana engkau sembunyi
di mana engkau sembunyikan para hulubalangmu
atau di mana para hulubalangmu bersembunyi?

selamat pagi, tan sri
gosok gilaplah kerusimu
moga ia bertaraf abadi padamu.

4 comments:

Rahimidin Z said...

sedap puisi ni, menitiskan air mata rasanya.

Anonymous said...

salam berpuisi lagi,
ia mengingatkan saya pada puisi ini,

apa lagi yang kau mahu tan sri?
isterimu dua.
yang tua,khabarnya,
seperti pohon getah,

bestnya kalau jadi tan sri iyer.

adiratno said...

Salam,

Macam menyelinap cari kawan-kawan lama ja Bro.

benuasuluk said...

rz,
pelik sikit puisi ni, untuk amir tap tempik kat tansri.

awang,
tan sri itu tan sri arwah pak engku. Tan ri itu tan sri gila pijat. Tan sri yang ini lain sikit, jenih ketegaq, baloq liat.

adi,
selalu hendak menyelinap. Tapi tak hau ke mana.Oh ya, kalau hang nak tau, awang kat atas tulah budak pknk, seteru kita waktu dok rebut saja dulu.Haha.