Wednesday, July 9, 2008

CERITA MERTUA

BIRAS saya mempunyai satu penyakit agak aneh. Atau misteri. Kadang-kadang dia diserang sakit kepala secara tiba-tiba. Pening begitu. Dirujuk doktor dan pakar, seperti tak ada apa-apa. Tak dapat dikesan sakitnya.Turun naik hospital. Turun naik tangga rumah bomoh kampung pun tidak kurangnya. Tak kira dari kampung mana. Asal ada bomoh, pergi.

Satu ketika biras saya menunggang motorsikal berhampiran Paya Jaras, dia rasakan jalan raya semakin kecil, mengecil, mengecil dan terus hilang. Pandangannya gelap. Dia hilang imbangan dan tercampak di tepi jalan. Nasib baik tak ada apa-apa. Calar-calar sedikit. Puncanya, pening itulah.

Sewaktu saya balik ke Kelantan baru-baru ini, mertua saya ada bercerita. Biras saya (yang saya panggil Abe Nie) kebetulan balik bercuti sempena cuti sekolah baru-baru ini. Pergilah berjumpa satu bomoh. Kalau saya sebut nama tempat ni, Rahimidin mesti tahu. Nazmi yang suka berkawat tu pun mungkin tahu. Sohor juga nama tempat ini. Kalau tanya Zakir, dia mungkin tak berapa ingat. Maklumlah, kalau dia pergi (balik?) Kelantan dia mungkin guna IC merah. Haha.

Maka mertua saya pun berkisah. Sewaktu mereka baru naik tangga rumah bomoh tu, ada seorang artis dari KL baru turun tangga. Kalau saya sebut nama, mesti ramai kenal. Maklumlah, dia tersohor. Orang sekarang lebih kenal penyanyi dari kenal penulis. Sampai bomoh pun boleh kenal itu artis. Kalau tak percaya, cuba tanya Raihani yang dapat hadiah sastera baru ni sapa yang hulur hadiah dekat dia.

Mertua saya cakap si penyanyi ni datang ke situ sebab ada nak minta benda. Entah nak tambah rezeki lagi, atau entah minta supaya cepat beranak, entah nak bagi cantik lagi, entah nak bagi suara sedap lagi, entahkan nak minta kasih sayang suami isteri kekal sepanjang masa. Tak mungkin dia nak minta ubat supaya lakinya cepat kahwin lain. Entah, saya kurang selidik, dan malas nak ambil tahu. Malah, sepanjang mertua saya bercerita, saya diam saja. Ada sekali dua je mencelah, takut disebut saya ni sebagai “menantu haram jadah,” buat muka poyo je bila mertua bercakap.

Alkisahnya disuruh pulang artis ini oleh bomoh tersebut. Bukan sebab si bomoh ni tak mampu menunaikan permintaan artis popular ini. Tapi sebab dia ada “makai.” Entah pakai gigi palsu, entah pakai rambut palsu, entah pakai kaki palsu, entah pakai implanon kurang pula saya selidik. Sewaktu artis ini naik ke rumahnya, tak payah buat atau cakap apa pun lagi, bomoh ini dah tahu letak duduknya. Segala-galanya terpancar di wajah artis ini. Pendek kata, dia ada pakai something orang putih kata. Tu sebab bomoh tu tak nak layan. Pergi balik buang dulu benda tu, begitu mertua saya cakap bomoh berkata begitu kepada artis rupawan-jelitawan lagi ngetop ini. Bersihkan diri. Baru datang balik. Baru bomoh akan layan dia sebagai seorang manusia biasa yang punya pencipta. Bomoh pun ada harga diri tahu! Dia sedar dia hanya perantara, selebihnya Allah yang maha mengetahui.

Itulah cerita yang saya dapat dari mulut mertua saya. Sebenarnya saya bukan nak cerita pasal penyakit pelik biras saya. Tapi nak cerita perihal perangai “yang aneh-aneh” artis tu. Allah menjadikan manusia sebagai sesempurna makhluknya, supaya kemudian kita bersujud dan syukur atas kurniaan dan rahmat-Nya. Ini tidak. Dalam hidup lebih percayakan “benda-benda” lain. Jangankan artis, orang bukan artis macam kita pun ada “makai” benda-benda karut seperti ini. Tak pernah rasa nak bersyukur dengan apa yang kita ada dan apa yang kita dapat dalam kehidupan.

Sesekali menulis seperti ini pun bagus juga. Yelah, selalu dok tulis benda yang menyakitkan kepala, menyakitkan hati, cerita sedih, cerita pasal kerja pun boring juga. Sesekali tulislah benda ringan seperti ini. Ringan-ringan pun ada manfaatnya. Nanti kalau balik ke sana lagi, saya nak korek lagi cerita-cerita lain dari mulut mertua. Tapi tak nak lagi cerita pasal artis, saya meluat sungguh!

8 comments:

Rahimidin Z said...

meluat dengan artis ye?
malam tadi saya baru nonton Serena Ramzy yang bergelek dengan irigan lagu-lagu padang pasir umi khaltum dan muhammad abdul wahad di dewan filharmonik. wah..wah..wah

saljudingin said...

ok

Anonymous said...

salam perbomohan,
awang terkenangkan tok haji dark dgn tok haji ajis dah arwah dah depa,bawa p pensil untuk bagi lulus periksa.
ahh..artis kununnn lebih baik cerita tentang mentadak mentadu.

awang suka jugak dengan lagu ct nurhaliza biarlah rahsia.

benuasuluk said...

Salam,

Abang Mie, saya bukan meluat artis, tapi menluat sungguh dengan cerita-cerita artis macam ni.

Saljudingin, apa yang ok? saya, mertua saya, biras saya, bomoh atau arstis itu yang ok?

Awang, saya tak suka lagu biarlah rahsia. Saya suka lagu gadis bertudung hitam nyanyian MAY. Haha.

adiratno said...

Salam,

Kawan lama. TAhniah...improvement dah banyak dari dulu punya surat menraban hang kat aku...kira aku boleh layan la jugak...

Adiratno Che ANi
Jabatan Perangkaan Malaysia

benuasuluk said...

Adi kawan baikku yang lama ruyup,
Moga sejahtera selalu. Terima kasih singgah. Nanti aku buat entri pasai titi upaq, pasai wani, pasai syaja, pasai hwai see... Amran mesti bebulu nih.

Denanz ... said...

untung la ada mentua yg buleh korek ceghita. ada kwn saya, kawin dgn anak yatim, takdak mak mentua. dia pun dok melesey kat saya, bukak ceghita: aku nak menikah sorang lagi la. aku teghingin sangat nk ada mak mentua. haha.

benuasuluk said...

Che Nan,
kena sokong hasrat kawan tu. Tu dah dikira menantu yatim piatu tau. jangan lupa jadi pengapit. Haha.