Temuduga & Ujibakat Pelajar Baharu ASWARA
Minggu
temuduga calon pelajar baharu ASWARA sesi akademik 2014/2015 bagi kemasukan di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama bermula
minggu ini, di zon-zon Utara, Timur, Selatan, Sabah dan Sarawak, dari 18 - 21 Mei 2014. Semoga
kawan-kawan yang sedang temuduga di luar kawasan dapat menuai hasil yang lumayan,
kualiti dan kuantiti.
Sementara temuduga di Kampus ASWARA akan berlangsung dari 20 Mei - 23 Mei 2014 (Selasa hingga Jumaat minggu ini). Calon-calon yang sudah memohon boleh datang seperti dimaklumkan oleh pihak ASWARA mengikut butiran permohonan terdahulu. Manakala bagi mana-mana calon pelajar yang berminat, tetapi terlepas mengisi borang permohonan, masih boleh saja langsung ke tempat kami di Padang Merbok dengan membawa sijil, salinan sijil dan apa-apa dokumen berkaitan untuk sesi ujibakat secara "Walk In". Peluang untuk yang berminat masih lagi terbuka sepanjang minggu ini. Jangan lepaskan peluang ini.
No comments:
Post a Comment