Pindah Pejabat
Lebih sedikit 10 tahun bertugas, ini kali kelima saya berpindah pejabat
dan bilik kerja. Purata, dua tahun sekali. Dan atas apa alasan sekali
pun, perpindahan sekali ini terasa sangat 'meletihkan'. Saya tak fikir
perpindahan ini satu bentuk 'hijrah'. Hijrah, kerana kita ingin berubah
dari baik kepada yang lebih baik. Tapi sebab kita bekerja, dan ingin
bekerja, pindahlah. Semoga Allah semakin menetapkan hati saya dan
menambahkan kecintaan saya kepada dunia kerja saya yang sekarang, walau
apa yang berlaku. Saya sayang institusi ini kerana sejak hari pertama
melapor diri, saya simpan hati saya di sini.





No comments:
Post a Comment