Tuesday, January 15, 2013

 Ketika Gaza  














Menyambut tahun baru, dengan menerima kiriman naskhah anologi puisi Ketika Gaza Penyair Membantah pada 31 Disember 2012, yang diselenggarakan oleh sahabat penyair, sdr. Marsli N.O. Sebuah puisi saya, Beberapa baris Sajak Nestapa turut berada di dalamnya. Terima kasih banyak kepada Marsli, dengan penuh ikhlas dan kepenuhan tenaganya menerbitkan sebuah antologi yang sangat bermakna. Perlu saya sebut, antologi ini tidak memerlukan dana yang besar - kerana di dalamnya ada suara dan rasa yang lebih besar, dan lebih bermakna daripada penyair yang menyumbang karya. Inisiatif, ongkos dan kerja baik sdr. Marsli sangat kita hargai dan semoga Allah yang membalaskan atas kerja baik beliau. Semoga juga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk Marsli terus berkarya.

** Kredit Foto: Marsli N.O

No comments: