Seorang ahli tatabahasa naik sebuah perahu tambang. Ahli tatabahasa yang sangat sombong ini berpaling kepada tukang perahu sambil berkata, “Sudahkah kau mempelajari tatabahasa?”
“Belum,” kata tukang perahu itu.
Ahli tatabahasa itu berkata lagi, “Kalau begitu hidupmu sia-sia.”
Tukang perahu merasa sedih, tapi masih mampu menahan diri.
Tiba-tiba angin bertiup kencang dan tasik bergelombang. Tukang perahu berkata kepada ahli tatabahasa itu, “Katakan padaku, tahukah kau berenang?”
“Tidak,” jawab ahli tatabahasa itu, “Oh kawan yang baik!”
“Kalau begitu,” ujar tukang perahu, “seluruh hidup dan kepandaianmu sia-sia, kerana sebentar lagi perahu ini akan tenggelam.”
4 comments:
tungguuu...hukum D-M akan menyelamatkannya! hahahah
Tepat kata anda. Kemahiran sesuatu bidang hanya berguna untuk suatu ketika sahaja. Patut ada penyatuan, sumber kekuatan!
Kri,
apa cerr lama tak jumpa.
Sdr. Serunai,
terima kasih singgah.
Post a Comment