Di Dunia Ini, Hendak Jahat Bukan Susah
Di depan Jalan TUDM Sungai Besi, ada seorang penunggang motosikal, India membunyikan hon sambil menunjuk-nunjuk ke arah tayar kereta saya. Saya beri lampu dan himpit ke kiri jalan kerana syak tayar pancit. Tapi saya ubah fikiran dan mula bergerak laju. Tak sampai 100 meter di depan, ada lagi seorang penunggang motosikal, India juga bunyikan hon sambil tangannya pusing-pusing tunjuk ke arah tayar kereta saya. Lagi saya tekan laju minyak kereta. Saya teringat suatu cerita, itu sebab saya tak mahu berhenti. Sampai di tempat yang agak 'selamat' saya berhentikan kereta dan tengok tayar (dan bahagian lain) kereta. Tak ada apa-apa pun. Kalau pancit takkanlah tak bergegar masa saya laju tadi. Jadi, jangkaan saya tentang suatu cerita itu memang tepat. Nak tipu pun tengok oranglah brader. Kalau ada masalah tadi, takkanlah motor orang lain tak bunyikan hon pula? Alah, macam saya tak pernah naik motor...
4 comments:
benua,
tindakan yg bijak..dan kawe mendapat pengajaran drpnya...
Tahniah kerana anda cepat bertindak. Saya dua kali kena perkara ini. Kali pertama hampir mengena tipu mereka kepada saya tetapi Alhamdulillah Allah menolong saya. Memang saya berhenti tetapi di tempat yang ramai orang. Saya rasa orang yang hendak mengenakan anda itu orang yang sama kerana mereka juga lelaki India (2 orang) menaiki motosikal dan kejadian di kawasan kubur Cina di Jalan Dewan Bahasa hendak keluar ke Jalan Lapangan Terbang. Saya berhenti di kawasan berhampiran kedai rojak di Jalan Bellamy. Mereka mengatakan kepada saya bahawa mereka juga mekanik dan boleh bawa ke bengkel mereka. Namun saya katakan tak apa dan saya memanggil syarikat Insurans saya yang kebetulan tidak jauh dari situ (MAA) dan menelefon mekanik saya dan mengatakan memang banyak berlaku perkara itu. Kali kedua saya kena di Jalan Mahameru susur keluar ke Jalan Duta. Dua lelaki India juga. Selepas tidak mengendahkan mereka, mereka tunggu saya di satu simpang namun saya terus masuk ke lane tengah menyebabkan mereka tidak dapat mengekori saya. Kepada kawan-kawan yang terkena perkara sebegini walaupun mungkin berasa takut, mungkin benar ada sesuatu pada kereta kita, berhenti untuk periksa di kawasan yang ramai orang.
Sama-sama kita beringat. Bagi kawan-kawan yang melalui kawasan yang saya nyatakan, ingat kalau nampak orang sebegitu jangan endahkan. Biasanya mereka akan cari pemandu yang berseorangan (berdasarkan dua kali pengalaman saya).
Kri,
sama-samalah kita beringat.
Sdr. Anonymous,
berdasarkan cerita sdr., saya rasa India yang sdr. ceritakan mungkin sama dengan India yang cuba mengenakan saya. Ya, sekitar jalan TUDM Sg. Besi menghala ke Jalan Istana Negara (lama).
Dengan pendedahan cerita seperti ini, saya harap ramai orang dapat mengelak dari tertipu dengan golongan seperti ini.
Post a Comment