‘Tangga Pejabat’
Buru-buru saya berjalan. Mencari tangga menuju pejabat. Mahu segera punch card. Saya sedikit terlewat daripada biasa. Baru teringat. Ini cerita yang sudah beberapa minggu berlalu. Kembali teringat.
Di tangga, saya disapa ‘ramah’ oleh dua orang yang saya kenali – dengan ayat “Dia orang bolehlah penulis, dapat royalti. Gaji tak cukup pun tak apa ada royalti. Kita mana ada apa.” – tiba-tiba sahaja. Tanpa hujung pangkal. Saya senyum kelat saja. Terus berjalan mencari punch card.
Banyak ke penulis di Malaysia ni dapat royalti, hah? Betul saya tak tahu. Saya baru ada sebuah buku puisi – yang entah dibeli dan dibaca orang atau tidak; royalti pun dapat sekali masa mula terbit dulu saja – dan sebuah buku kanak-kanak – itu pun royalti dapat sekali juga; tak banyak pun, nak beli sebuah lukisan pun tak lepas. Tak tahulah kalau penulis yang banyak buku, dan terbit buku setiap tahun mungkin banyaklah royaltinya. Saya tak tahu, dan tak mahu ambil tahu.
Sekarang – hari ini saya kembali terfikir – kalaulah royalti saya banyak – dan saya terbit buku setiap tahun beberapa buah – sahih sekarang saya sudah berhenti kerja. Lebih baik saya menulis.

6 comments:
Sdr RH: Memang ada. Saya baru beberapa hari lalu ketemu dan berbual dengan mereka. Tidak percaya Puan Sri Diah bisa mengesahkan isu pendapat lumyana ini. Dan jangan iri, deh.
MARSLI N.O
Kalau betul2 menulis sepenuh masa boleh la hidup En.Wan :)
Sdr. Marsli, saya tak cemburu. Cuma saya tersentak dengan 'tangga pejabat' di pagi hari, :-)
Jiha, hal itu 'tangga pejabat' mungkin tak sedar...
Saya tak pernah beranggapan mahu terjun ke dunia penulisan ini kerana faktor pendapatan yang lumayan.
Aizie,
yang ada dalam hati dan fikiran kita jarang sama dengan apa yang ada dalam tanggapan dan fikiran orang, :-)
Post a Comment