Temuduga
Temuduga calon pelajar baru Fakulti Penulisan telah selesai secara rasminya petang rabu lalu. Untuk fakulti lain seperti Muzik contohnya masih berlangsung hingga minggu depan. Tak ada temuduga ke negeri-negeri seperti mana kebiasaan dan tradisi kami setiap tahun. Yang dikekalkan hanyalah untuk Zon Sabah dan Sarawak minggu depan. Itu pun kami mewakilkan saja untu pensyarah fakulti lain menemuduga calon bagi pihak kami. Tidak ada penglibatan besar pensyarah seperti dulu. Tak apa, bukan masalah. Dasar universiti butik memang tak perlu ramai-ramai. Penemuduga tak perlu ramai, calon pelajar pun tak perlu ramai. Itulah butik namanya.
Secara rasminya, untuk calon dari semenanjung, Fakulti Penulisan sudah ‘tutup kedai’. Tak tahulah kalau ada yang tiba-tiba nak datang ‘walk in interview’. Tak apa, jangan risau, butik pun boleh ‘walk in’. Tapi secara rasminya, kami sudah selesai untuk bahagian kami sahaja.
Tahun ini, kerana sedar diri, saya memilih untuk temuduga calon Diploma sahaja. Calon Ijazah biarlah kawan-kawan yang bersarjana selesaikan. Saya seperti selalu, tidak menyimpan angan-angan besar untuk mendapat calon yang ramai serta berkualiti terpuji dalam dunia penulisan, dan sastera. Hakikat ini saya teladani selepas berulang dan berulang saban tahun melakukan rutin temuduga saban tahun.
Saya tak mengharap calon yang tahu serba serbi tentang dunia sastera, atau kuat membaca karya sastera, atau pernah menulis dan karya sering keluar dalam media cetak. Itu bukan lagi keutamaan saya secara peribadi. Saya tak akan tanya soalan yang menyusahkan calon lagi, yang membuatkan calon balik tidur pun tak lelap. Cukuplah hal-hal yang dasar saja. Realiti di sekolah, subjek sastera yang entah apa nak jadi, tutup kelas sastera, komsas yang entah apa-apa, ditambah dengan alasan Menteri bahawa subjek sastera membebankan pelajar di sekolah, barangkali mewajarkan alasan saya untuk begini.
Saya tidak pesimis, tapi saya perlu lihat realiti. Memang tak ada pelajar yang tulen-cemerlang dalam aliran atau bidang penulisan. Jadi, saya sedar dengan realiti di luar, lalu tidaklah mengharap calon serba sempurna. Pandai bahasa Inggeris hingga dipuji-puji? Itu pun tak termasuk senarai saya. Orang lain kagum kalau pelajar boleh bercakap Inggeris dengan baik. Saya tidak. Saya akan kagum kalau calon yang saya temuduga menggunakan bahasa Melayu penuh susila dan standard tanpa menyelit-nyelit ayat Inggeris dalam percakapan. Cukuplah ada perawakan dan perwatakan terpuji, ada sedikit asas dan pengetahuan, percakapan meyakinkan; dan terakhirnya mestilah melihat ujian bertulis yang mereka duduki semasa temuduga. Yang penting, mahu belajar, bukan dipaksa datang, atau bukan pilihan terakhir. Tidak ada tempat di hati saya untuk orang yang jadikan bidang penulisan sebagai pilihan terakhir. Pilihan terakhir adalah membunuh, terbunuh atau dibunuh.
Dan, sebagai jenaka untuk kawan-kawan, saya cakap pilihan pertama saya adalah untuk yang ada rupa.

1 comment:
En Wan pilih saya, jadi saya punya rupa? begitu ? (tertawa sebentar !)
Post a Comment