Dua SMS
(i)
(i)
SMS daripada Azimah, anak Tukya Azizi Hj. Abdullah kepada saya tengah hari tadi:
~ bapa hari ni dah masuk 8 hari di ICU. Keadaan jantung selepas pembedahan agak masih lemah. Masih belum sedar. Masih pakai tiub di mulut. Hari ni nak buat operation kecil, nak tebuk di leher untuk ganti tiub di mulut tu, tapi doktor kata dan doktor sarankan tebuk di leher tu lebih bagus dan bapa akan lebih selesa. Doakan bapa kembali sihat. Tk.
(ii)

SMS daripada Pak Ali Majod petang semalam:
~ Salam. Saya dalam keadaan tak berapa bagus. Tak leh bercakap tak leh telan. Saya tebuk perut pakai tiub. Makan susu saja melalui tiub itu.Tak melalui mulut. Doakan saya supaya sihat.
Dua sms tentang situasi guru dan kawan ini membuatkan saya rasa dukacita. Mujur Azimah anak Ustaz sanggup membalas sms saya. Tahulah juga saya perkembangan mutakhir Ustaz. Dan Pak Ali, hajat memang untuk segera berziarah. Namun, buat masa sekarang Pak Ali tidak lagi bersedia untuk bertemu dengan sesiapa. Katanya, akan dimaklumkan jika masa sudah sesuai untuk dilawati. Buat masa ini katanya, cukuplah sekadar doa dari jauh untuk dirinya.
Kawan-kawan yang baik, yang mengenali, yang pernah membaca karya-karya mereka, marilah sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua. Amin.

2 comments:
Tukya moga2 cepat sembuh. Pak Ali terbayang lg berada di kelasnya moga dia pun sihat2 selalu. Amin
Assalamualaikum, dua minggu lepas sempat cikgu azizi maklumkan dia akan jalani pembedahan pada Jumaat lepas setelah tertunda seminggu. Baru-baru ini saya ada sms tapi tak berjawab. Terima kasih atas makluman ini, En Wan. Kali terakhir bersms dengan Pak Ali pula pada akhir Februari lalu. Saya doakan semoga Cikgu Azizi dan Pak Ali beroleh kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini. Semoga Allah memberi yang terbaik buat mereka. Semoga mereka kuat dan kembali pulih sepenuhnya. Amin Ya Rahim
Post a Comment