Nota-nota yang Terecer
Kembali semula selepas bercuti lima hari – tentunya kali ini pulang ke Qalha, negeri kalbu. Titip teman melalui sms, selamat bergembira di tanah nurani.
Cuaca siang yang panas membahang menyambut sepanjang kepulangan saya. Dan menjelang Asar, cuaca berubah menjadi dingin dan hujan mencurah-curah, membawa ke malam. Demam yang saya bawa pulang dari KL bersambut dengan sakit tekak dan selesema yang berterusan. Jemputan kenduri kahwin saudara dan tetangga silang-bersilang.
Dua manuskrip yang ada dalam kereta langsung tidak saya sentuh sehingga pulang semula ke KL. Talian internet saya putuskan, akhbar saya sisihkan. Telefon bimbit aktif, tapi saya tidak menjawab sebarang panggilan, kecuali penyair Shamsudin Othman. Tiga empat kali Ahmad Sarju telefon pun tidak bersambut (Maaf Cikgu, saya akan hubungi semula, nanti!). Saya hanya mahu berehat dan menikmati cuti yang singkat bersama keluarga. Syukur, tanpa rancang, kami mengadakan tahlil dan kenduri arwah datuk Jumaat lalu.
Dalam tidak sihat, isteri membujuk ke Padang Besar. Saya sendiri, agak lama tak ke sana, ada tujuh lapan tahun. Mencari sedikit barang rumah. Sempat sambar dua helai jeans murah. Nanti, ada masa nanti kita ke Wang Kelian atau Danok, kata saya kepada isteri. Cadangan hendak ke kedai buku di Alor Setar terbantut. Hajat mahu memborong kesemua naskhah Suluk Cinta, jika ada tidak tertunaikan.
Sebelum pulang semula ke KL, ada janji dengan kawan lama perlu dipenuhi. Suffian, teman sekolah semasa mengulang STPM dulu, teman serumah sewa masa belajar ketika menyewa di Seberang Perak, Alor Setar, malah teman serumah semasa zaman bujang di Sungai Ramal Dalam, Kajang buat beberapa tahun. Di Pendang, dalam hujan lebat kami bertemu, disertai Syauki yang tidak dirancang. Masuk ini, sudah kali kedua kami bertemu di Pendang. Sayang, tanpa Nizar. Sebelum ini Alor Setar tempat pertemuan kami. Tak tahu kenapa kali ini memilih Pendang. Barangkali kerana jarak di tengah-tengah antara rumah saya di Pokok Sena, dengan rumah Suffian di Simpang Empat, Kangkong. Entah kerana apa, kami hanya bercakap perkara yang kami suka. Dunia kerja yang menghimpit, sengaja kami biarkan jatuh bersama percik-percik air hujan ke tanah. Tak ingin cakap lama-lama. Biarlah kami bercakap hal yang menyedapkan hati kami sendiri. Panjang bual kami sedari petang, kemudian jemaah Maghrib di Masjid Pendang sebelum kami kembali ke warung menyambung bicara. Saya pulang dalam rinai hujan penuh damai.
Hari ini. Tiba-tiba teringat segala bagai. Panggilan kawan-kawan yang tidak berjawab. SMS kawan-kawan yang tidak berbalas. Talian internet yang dimatikan. Akhbar yang tersisih. Dua manuskrip yang tak tersentuh sepanjang pulang. Dan, titah kerja sepanjang ketiadaan saya tiba-tiba menyerbu datang; hal seminar terutamanya. Kuliah dan pelajar yang menunggu. Mesyuarat dan mesyuarat. Semuanya menuntut komitmen.
Saya tinggalkan keluarga, saudara, kawan-kawan, dan Qalha negeri kalbu yang mengukuhkan kepercayaan - tanah nurani kata si teman; dan kembali bergelut di kota raya, tanah yang membina dan mengukuhkan keberanian...

6 comments:
begitulah...sesekali apabila menjengah pulang, ada kenangan yg tetiba bertandang...dan sesekali ingin pula mengulangi masasilam!
Salam tuan tanah...
Seronok apabila sesekali pulang menjengah tanah nurani...jumpa kawan lama...bagi saya di sini tiada lagi semua itu...dulu ya..sekarang tak lagi...kena balik Klang lah macam ni...baru rasa apa tuan tanah rasa...sibuk kan?......
kri, tapi yang part pi padang besaq tu bukan nak mengulang masa silam. yang tu nak pi cari seluaq lives murah hehe
anjung, kat pokok sena sejak dok repair jalan tak sudah-sudah taksyok dah tadak port tak tau nak minum tang mana. pi minum di pendang syok, meriah sana ramai
dwan...
sana (belah siam) semua murah!
khak khun khap...
kri, hari tu pasport tinggai kat KL. Malas nak pi buat border pass. Jadi takat sebelah sini sajalah hehe
Post a Comment