Catatan Selepas MPR 2010
Saya tidak melibatkan diri dengan program Minggu Penulis Remaja (MPR) agak lama, walau sesekali menjenguk aktiviti adik-adik di DBP. Seingat saya kali terakhir di Genting dulu, tahun 2001. MPR ‘berkepak’ kami gelar. Zaman jadi pendamping dulu, waktu Hizairi masih ada. Lepas itu, saya tidak terlibat lagi dalam mana-mana program MPR.
Bila Zeti Aktar hubungi meminta saya jadi antara fasilitator tahun ini, gamam juga. Dan saya pengganti kepada penyair besar yang tidak dapat hadir (penyair besar ini sendiri yang mencadangkan nama saya kepada urus setia MPR). Saya sudah lama tinggalkan MPR, dan saya juga bukan arif sangat untuk membimbing dalam acara besar dan elitis tentunya. Tetapi, permintaan Zeti tidak boleh saya tolak atas beberapa faktor, berbaur dengan nostalgia MPR yang masih membekas dalam diri.

Maka, 18-24 Disember lalu, dalam tuntutan kerja yang tidak pernah selesai, saya hadir di tengah-tengah mereka (sebenarnya rasa “nyaman” juga dapat lari daripada tekanan kerja pejabat). Saya berlapang dada hadir ke sana, dalam suasana ingin memberi dan ingin menerima. Saya hadir dalam rasa baru, persekitaran baru, semangat baru. Saya juga sedar mereka tidak layak menggurui saya. Lagi pun saya datang bukan untuk mengajar kerana saya sangat percaya menjadi penulis tidak bolah diajar, apa lagi menulis puisi. Saya hadir untuk berkongsi sesuatu yang saya ada, dan dalam masa yang sama juga saya berharap saya juga mendapat sesuatu yang baru dari bengkel yang saya kendalikan.
Semoga adik-adik ini mendapat sesuatu yang berguna sepanjang bersama kami. Kata-kata Hanafi Ibrahim selaku Ketua Urus Setia hampir 15 tahun lalu waktu saya hadir MPR, saya ulang di hadapan mereka – “kami hadir bukan untuk mencari atau menentukan siapa yang terbaik; hanya proses penulisan saudara selepas tamat MPR ini yang akan kami nanti-nantikan.” Semoga mereka akan menjadi penulis yang baik, baik melebihi saya harapnya. Saya menanti, menunggu dan melihat.
Terima kasih kepada urus setia MPR, Zeti terutamanya kerana sangat mempercayai saya. Terima kasih juga kepada Salina, Nasriah dan Shamsudin, saya perolehi sesuatu bersama kalian – setidak-tidaknya terangsang, mercup dan sangat membekas. Oh, saya sangat "terhukum" dalam sesi "gedik santai."
Kepada adik-adik, selamat menulis. Oh, kata Salina tahun ini adik-adik kita romantis. “Tema” 2010 ialah “romantis.”

9 comments:
Amboi,ada konspirasi antara fasi rupanya.Tang mana Kak Salina nampak romantiknya kami dalam sibuk-sibuk dengan tema patriotisme.
Wan yang baik;
Banyak yang bermakna...
Fakhruddin yang pemalu;
Tu la yang hang tak tau... mata akak ni tajam 'mentafsir'. Heheheh
adik wan,
ai pelik ni... 'gedik santai' tu apa?
dah licik juga ke ni?
Che Wan,
"Romantis" tang Nadiah ka? Keh keh keh
Fakhruddin,
tak ada konspirasi, semua bercakap hal-hal yang baik saja.
Kak Ina,
kita kena ucap 'selamat datang' ke blog dan fb pada adik-adik kita ni :-)
Abang Din (fuh menggigil nak sebut nama abanggg din),
tarrak papa hehehe
Al Ghazali,
alah, malu saya awak sebut nama Nadiah kat sini ahaks!
salam en riduan. kami minta kebenaran utk link blog ni. tlg link juga blog kami. tk.
(nursyazalina)
* ayah saya : adnan jamil
Post a Comment