Sunday, December 26, 2010


Catatan PeTA 2010

Alhamdulillah, semua sudah selesai. 20 Disember, berlangsung Penilaian Tahun Akhir (PeTA) 2010, bagi kumpulan ijazah pertama Fakulti Penulisan. Tidak ramai, hanya tujuh orang untuk 'percubaan pertama' kami; kecil tapi sangat memberi makna kepada kami. Selepas semuanya selesai, bolehlah kami duduk berkumpul, renung dan tenung untuk membaiki mana yang kurang dan menampung apa yang lemah dalam kurikulum peringkat ijazah kami, yang masih tersangat muda usianya. Kehadiran MQA bulan lalu sangat membantu memahamkan kami tentang rutin dunia akademik.

Saya tidak ada pengalaman bersama kumpulan ini dalam kelas, tapi hampir setiap hari saya berpeluang temui kelompok kecil ini di kampus kami. Dari jauh, harapan saya juga ada untuk mereka. Ya, PeTA telah selesai, tapi perjalanan mereka baru saja bermula, dan masih jauh. Kata-kata Rektor kami semasa majlis perasmian PeTA sangat menginsafkan: dunia di luar lebih kejam daripada pensyarah mereka yang sangat kejam.

ZA, tanpanya adakalanya saya bingung dan lemah; dia lampu kami


tiga daripada tujuh pelajar yang dinilai


panel untuk naskhah novel


Dr. Norhayati Abd. Rahman, pertama kali tampil di ASWARA sebagai panel luar (bahkan mengakui ini pertama kali menjejak kaki sampai ke ASWARA - jangan serik ke sini lagi Dr. ya!)
Panel untuk naskhah drama pentas; Mazlan Tahir dan A. Rahim Abdullah sebagai panel dalam, Dr. Solehah Ishak yang selalu bersama kami selaku panel luar

Saya hanya ingin mengatakan, sebagai penulis jagalah disiplin kerja penulisan saudara, teruslah menggali ilmu tanpa jemu, banyakkan membaca. Terakhir kata-kata, saya petik nasihat berguna Almarhum T. Alias Taib sebagai ingatan kepada mereka, juga kepada saya sebenarnya; "pengarang besar mengarang dengan tujuan, yang kecil mengarang memenuhi impian."

2 comments:

Nur Fatiha Fadila said...

Assalamualaikum, En. Wan.

Terima kasih atas segala kebaikan, teguran dan didikan tidak formal yang saya dapat melalui En. Wan. Semoga Allah merahmati En. Wan.

Terima kasih daun keladi. Budi kalian dijunjung tinggi.

benuasuluk said...

Wardah,
amin. Terima kasih atas ingatan dan doa yang baik.