Belajar Menjadi Rama-rama dan Merpati
nah, perlahan-lahan kulepaskan
harimau dalam diri
pergi ke rimba jauh
perlahan-lahan jua
kutukar warna diriku
menjadi rama-rama cantik
di kelopak bunga
kutukar corak peribadiku
menjadi merpati di laman
tak perlu engkau gusar atau bertanya
mengapa aku melepaskan harimau
lalu memilih menjadi rama-rama atau merpati
aku hanya ingin bersendiri
dalam diam dan tenteram
dalam tenang dan pesona
kerana aku makin mengerti
hidup ini cuma sementara
belajar menjadi rama-rama atau merpati
aku lebih mengerti
alangkah singkatnya hidup
18 Februari 2010,
Kuala Lumpur
Sumber Siaran: PENTAS, April - Jun 2010

6 comments:
Sajak kat Dewan Sastera tak bubuh? Hik hik
Sdr Ridzuan: Tahniah.
lut, tak baik hik hik kan kawan-kawan. Ha ha. Nanti aku bubuhlah yang DS tu, :-)
Sdr. Marsli, terima kasih banyak.
..menjadi rama-rama atau merpati lebih baik drp menjadi kelkatu yg hanya tergoda dgn keindahan cahaya..
atau lebih malang menjadi sesumpah yg bijak menukar warna dirinya!
kri, hebat sungguh kata-kata hang. Kagum aku.
Post a Comment