Thursday, September 16, 2010

Beberapa Catatan Pendek Selepas Gencatan Berblog

(i)

SN Shahnon Ahmad melalui novelet TIVInya telah melemparkan kritikan, kegusaran, kerisauan dan ketidakpercayaannya kepada alat bernama tivi. Buktinya – nyata; hari ini jelas terlihat betapa tersangat buruknya wabak yang disebarkan melalui tivi. Semua yang bermula dengan hiburan akan berakhir dengan kelalaian; semua yang berakhir dengan kelalaian akan membawa kepada kesesatan. Di situ juga sarang menanam agenda, memperluas propaganda, dan mempertajam fitnah.

Saya tidak berkesempatan menonton siaran iklan raya yang ditarik balik siarannya oleh TV3. Tak apalah, tak dapat tengok pun tak apalah. Sudah agak lama juga saya mengambil jalan “ada aku kesah” dengan siaran tivi mutakhir. Sensitiviti terhadap hal agama, budaya, adat resam, kepercayaan dan batas susila tak pernah pun stesen tivi ambil pusing. Dan kita, tanpa alasan akan terus memilih untuk tertongong-tongong di depan TIVI setiap masa.

(ii)

Malas saya hendak mengulas isu BENDERA dan Indonesia. Mengarut dan buang masa. Hanya satu ulasan saya – saya sangat bersetuju dengan apa cadangan “Pendekar Mustar” yang mahu kerajaan Indonesia membawa balik semua rakyatnya yang ada di Malaysia. Cadangan yang ini saya setuju sangat; dan saya kira semua kita rakyat Malaysia bersetuju. Bawalah pulang semua orang Lombok, Medan, Surabaya dan semuanya sekali. Ingat kita tak boleh hidupkah tanpa mereka? Selain membantu membangunkan negara kita, mereka juga mengayakan musibah dan bala terhadap kita. Teringat kata-kata teman baik saya (yang sering ke Indonesia), katanya Indonesia adalah bangsa yang tidak reti mengenang. Dan teringat saya sajak T. Alias Taib, sebuah indonesia kecil. Pergi cari dan baca!

Moga-moga hajat “Pendekar Mustar” dilayani SBY. Dan, kalau terjadi, saya percaya tidur kita lebih lena, nyenyak dan aman!

(iii)

Mentua saya Kelantan, isteri saya Kelantan. Dua daripada tiga anak saya lahir di Kelantan. Ramai teman baik saya Kelantan. Jadi saya tak malu mengaku saya sudah “masuk” Kelantan. Sepanjang saya ada hubungan dengan Kelantan, tak pernah mentua saya, atau isteri saya, atau adik beradik isteri saya, atau waris-warah isteri mengeluh betapa mereka kebulurkan air bersih. Tak pernah. Dan saya tak pernah mengeluh, setiap kali pulang beraya di sana air pili meleleh macam kencing anak dan airnya kuning keruh. Kalau tak ada air pili langsung pun keluarga kami tak bising. Dalam rumah mentua saya, ada sebuah telaga. Airnya sedap dan lagi jernih dari air pili.

Tapi bila ada seorang budak kecik yang namanya Awang Adek berjanji hendak berikan air bersih kalau selepas pilihanraya depan dimenangi parti Awang Adek, sekonyong-konyong saya benci. Tak ada akal yang lagi cerdikkah wahai budak kecik? Dulu heboh pasal judi bola, juga daripada mulut busuk Awang Adek. Saya percaya, kalau dibuat debat terbuka antara si mulut busuk ini dengan ayah saya pun dia akan malu besar. Ayah saya bukan wakil rakyat, bukan politikus; tapi kepala otaknya melebihi otak Awang Adek. Ayah saya tidak berfikir menggunakan kepala lutut macam Awang Adek. Jadi, setakat pancingan air bersih semua orang tak heran.

(iv)

Kawan-kawan, saya sedang kembali selepas berhenti menulis di blog sepanjang Ramadan. Salam Syawal; mohon maaf seadanya.

10 comments:

awangsulungmerahmenyala said...

salam aidilfitri badigol soud,hang pun macam awang takdak adek kahkahkah....

benuasuluk said...

lu pun awang; awang sulung abang kepada awang adek, sama-sama badigol kehkehkeh

aie said...

perghh! intro yang keras dan sedikit pedas selepas Ramadhan.. tu dia!..

adiratno said...

Salam Aidilfitri,

Teruskan terjah.

benuasuluk said...

tuj,
ha ha.

benuasuluk said...

adi, hang nak aku terjah sapa lagi? Cuepecs? haha

NASSURY IBRAHIM said...

Novel TIVI saya hilang kerana dipinjammiliki. Saya lupa peminjamnya. Dah bertahun (sejak 1990-an) cari kat kedai tak jumpa. Kat perpustakaan pun tak jumpa. Alangkah baiknya kalau DBP cetak lagi.

benuasuluk said...

Sdr. Nassury,
kat mana-mana pun dah takkan terjumpa lagi TIVI. Saya jenuh bebudak merayu nak pinjam, saya tak bagi, simpan di rumah diam-diam. Nak suruh DBP cetak semula? Emm kalau saya KP dah lama saya buat. Kata kawan saya, tempat tu sekarang menjadi tempat menternak keldai saja. Kesian.

edolah said...

tuan..membaca bhg (iii)tulisan tuan ini paling saya suka...sebab saya juga 'masuk' kelantan...hehehe

benuasuluk said...

kri,
tok penah jupo pun sepanje kito masuk kelate :-)