Siapa yang Kau Nantikan?
Ketika aku sampai ke taman hatimu
engkau sedang menanti entah siapa
Detik aku jelajah seluruh tamanmu
mimpi dan sunyi bergemerincing
Akukah yang kau tunggu
atau rindu siapa yang kau mahu?
Langit dan laut tetap biru
alam hatimu, di rimbun manakah engkau beradu?
Kuraba-raba relung sunyimu
yang ada degup harap dan pengertian
Siapakah yang tetap kau nantikan
ketika aku bersiap-siap ingin pergi
Katakanlah, sebelum aku melangkah
sebelum hatimu kuseret pergi.
engkau sedang menanti entah siapa
Detik aku jelajah seluruh tamanmu
mimpi dan sunyi bergemerincing
Akukah yang kau tunggu
atau rindu siapa yang kau mahu?
Langit dan laut tetap biru
alam hatimu, di rimbun manakah engkau beradu?
Kuraba-raba relung sunyimu
yang ada degup harap dan pengertian
Siapakah yang tetap kau nantikan
ketika aku bersiap-siap ingin pergi
Katakanlah, sebelum aku melangkah
sebelum hatimu kuseret pergi.
8 comments:
amboi, kalau sudah tidak pasti siapa yang dinanti oleh si punya hati, kok terusan mahu diseret pergi hatinya itu...
beruk itu hanya tunggu demo gi
dia nok berok tak senang hati
beruk perkasa tuh ahak ahak hak ba hak...beruk nih kalau buat ramalan finalis piala malaysia agak-agak dia pilih sapa?hak hak hak...
aida (errr aida yang mana eh?),
ini bukan lagi cinta monyet; ini sudah betul-betul cinta kepada monyet
:)
mora,
dio kecing dah sebelum tu hehe cuma tokde basuh kecing jah lagi hakhak
awang,
oitt perkasa perkasa ni jangan la sebut.
Puhhhh! penuh nuansa kesepian dan kegersangan.
Tahniah kerana dah mula menulis saat gelombang spain masih terasa.
hehehehe
sheikh,
kena ganti tidur sebulan juga ke kita ni hehehe.
Post a Comment