Entri untuk Teman-teman yang dihimpit Duka

Kadang-kadang, bila sudah di atas kita boleh hilang pertimbangan; juga kewarasan. Dan selalunya bila kita hilang pertimbangan dan kewarasan, kita selalu terlupa hendak melihat ke bawah - dan bila kita terlupa hendak menunduk melihat ke bawah, kita tidak akan mengerti bahawa di bawah ada hati yang boleh terluka. Seringkalinya bila kita sudah di atas, kita ingin bermegah dan menunjuk kuasa; seolah-olah kitalah helang merah yang agah dan hebat melayah di udara - penuh kesombongan dan besar diri. Hinggalah kita selalu terlupa - sering - bahawa di atas kita sebagai helang merah, ada lagi yang lebih atas dan tinggi daripada kita. Dia! Dia sering dan selalu di atas melebihi kita tingginya; Dia yang mengatur kehidupan dan punca rezeki kita. Maka, bila kita berasa bebas dan tinggi mengepak di atas seperti helang merah, percayalah ada nikmat yang sedang kita dustakan. Seperti kita, perjalanan helang merah jua tidak abadi, hanya Dia yang tersangat Maha...
10 comments:
Wan,
Semenjak dua menjak posting asik cerita burung nak terbang, pastu burung terbang, apa burung lama terbang balik ke sangkar ke?
Burung Merah juga terkadang lupa ada pemburu memerhatikannya. Terleka dengan permainan sendiri, hanya tinggal nyawa di muncung senapang. ")
duan, kalau hang nak rawat duka, pi kayuh gerek gunung naik bukit. perghhh...meleleh liur hang, ilang la duka!
adi,
banyak lagi ni stok gambaq burung yang dok ada nih hehehe.Kalau aku boh semua dalam blog aku nih kira entri aku sepanjang julai nih buleh jadi cerita bersiri burung haha
tengah,
fuh berfalsafah le pula, :)
luqman,
aku tak berduka, jadi tak payah la nak rawat duka dengan naik gerek gunung dengan hang haha. aku kuda mau la. tambah-tambah kuda enduran hehe
En.wan la ajar saya ni. ")
Tok Wan jangan sedih.. kalau hang sedih, aku lagi laa...
tengah,
apa pula saya? hehe
ayie,
entri aku ni sebahagiannya untuk hang - berkongsi rasa sedih hang. Dan kawan2 lain juga.
Post a Comment