Belasungkawa
Dulu arwah Zubir Ali. Sekarang ulangan tersesat jalan terjadi lagi. Anehnya dua-duanya pengajar di ASWARA. Semasa arwah Zubir berangkat dulu, sempat sampai ke kubur ketika selesai talkin. Kali ini ketika semuanya sudah selesai. Hanya terus ke rumah arwah, bertemu ahli keluarganya. Semuanya kerana tersesat jalan untuk sampai ke Taman Bukit Cheng, Melaka. Tiada rezeki saya, dan kawan-kawan.

Kali terakhir saya berbual panjang dengannya minggu lalu – kebetulan kami berdua saja di warung lereng ASWARA menikmati makan tengah hari yang lewat. Dan, 11:30 malam tadi Rahim Jantan – penggiat muzik tradisional Melayu – dan juga adiguru Muzik di ASWARA – dengan al-Fatihah, selamatlah berangkat ke sana, menuju ke taman Ilahi. Dengan segala kebaikan dan ilmu yang dicurahkan Pak Rahim dengan penuh dedikasi, moga jalan di depanmu dipermudahkan – dan semoga ditempatkan di kalangan hamba yang dikasihi dan diredhai-Nya. Al-Fatihah.

4 comments:
Ketenangan dan senyum mesra arwah sentiasa dalam ingatan.
Al-Fatihah.
Ingatan kepada diri: Kita hanya dulu-kedian (cepat-lambat) sahaja.
wardah,
saya mengenang lebih daripada itu.
Nassury,
sebenarnya itulah yang betulnya.
Post a Comment