Monday, December 28, 2009

Yang Mercup, yang Merkah

Ketika berkereta menuju ke pejabat pagi tadi, sahabat baik, Hasmora menghantar pesanan ringkas memberitahu buku saya, Gurindam Kanak-kanak Bertema terbitan UP&D sedang dihebah dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3. Terima kasih kepada penerbit buku saya atas inisiatif ini. Teman sepejabat, Haji Faizal Musa turut membisikkan perkara yang sama di telinga saya ketika kami bersiap-siap untuk memulakan mesyuarat akademik fakulti. Dan, sebelum mesyuarat bermula, Dekan Fakulti turut memberitahu perkara yang sama dalam mesyuarat. Rugi saya terlepas program pagi seperti ini.

Nampaknya UP&D sudah mula meyakinkan saya tentang usaha mereka untuk memasarkan buku. Ketika buku baru diterbitkan, editor buku saya dan pegawai pemasaran UP&D bersungguh-sungguh menerangkan kepada saya bahawa dasar pemasaran buku mereka sudah mula berubah; dan semakin positif. Kata pegawai pemasarannya saya ingat lagi, buku yang terbit bukan untuk disimpan di stor. Beberapa bulan lalu, atas inisiatif mereka, Perpustakaan Negara Malaysia telah membeli buku saya ini. Khabarnya, jualan di luar juga amat memberangsangkan. Dan pagi ini, keluar pula TV. Syukur, walaupun dari segi julat masanya mungkin pendek dan tidak memberi makna, tapi sebenarnya sangat memberi nilai kepada diri sendiri. Usia buku ini belum sampai setahun.

Saya terkenangkan Suluk Cinta, kumpulan puisi pertama saya. Apa khabar sekarang? Terlalu payah untuk ditemui, hatta di DBP sendiri. Di Ulu Klang ketika saya pergi dua tiga bulan lalu hanya ada senaskhah sahaja di rak buku. Ramai yang bertanya saya dan cuba mencari; bahkan saya juga berhasrat mencari untuk koleksi saya. Yang di tangan saya kini ada tiga, empat buah sahaja lagi. Bunyinya macam laris, ha ha. Seorang teman PNM setahun lalu pernah memberitahu saya yang buku ini akan turut dibeli mereka, tetapi sampai sekarang tidak ada khabar. Kalau sudah beli melalui penerbit, mana penyatanya? Kalau tidak dibeli, di manakah buku saya sekarang dijual? Di Namibia atau Cambodia? Atau disonglap Sinaganaga dibawa dijual di Congo?

Kenapa saya sangat mengambil berat perihal Suluk Cinta? Sebab inilah cinta pertama saya. Dan penerbit yang menerbitkan puisi saya ini juga adalah cinta pertama saya. Sangat terhutang budi saya dengan mereka. Tapi saya sering tertanya-tanya di mana buku saya dijual hingga amat payah untuk ditemui? Dan kerana hormat dan cinta saya kepada penerbit ini maka saya diamkan sahaja; sesekali bergumam dan bergema dalam diri sahaja. Dan, sampai sekarang salinan perjanjian pun belum saya dapat. Boleh sahaja saya panjat menara dan minta, tapi saya malas dan segan. Dan tentunya malas dan segan saya ini bersebab.

Terima kasih sekali lagi kepada UP&D. Harap-harap dengan kerja keras mereka ini lebih banyak buku terjual; kerana setiap buku yang tercetak adalah untuk dijual, bukannya sengaja untuk disembunyi dalam gudang terbesar di dunia menunggu jualan murah 10 tahun lagi.

Oh, sebelum terlupa, terima kasih juga kepada Ally Iskandar dan Abby Fana yang khabarnya sudi membaca beberapa rangkap gurindam dari set buku gurindam saya.

16 comments:

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

Saya belum sempat pun membaca suluk cinta. Ada juga jengah2 di rak buku kedai tapi hampa...

Nur Fatiha Fadila said...

Assalamualaikum, En. Wan

Tahniah ya. Tumpang gembira dan berbangga. Hehe

adiratno said...

As salam,

Aku bangga sangat..:)

awangsulungmerahmenyala said...

salam sahabat,

baiklah baik menyaring intan,
takutlah kaca lekat di tangan.

kawan nan senang mudah berganti,
kawan nan susah payah dicari.

jangan kecilkan hati rakanmu,
nanti dia jemu denganmu.


bila engkau sudah berjaya,
janganlah lupa sahabat lama.

janganlah pula menyombong diri,
kelak nanti tuhan murkai.

ketika memandang bintang nan tinggi,
janganlah lupa rumput di bumi.


hang teka nih dari gurindam apa heheheh....muka surat berapa dipetik segala gurindam ini hehehe...gurindam kedah perlis tak buat ka?gurindam mahfuz presiden bola sepak kedah buat lah sekali nanti hehehe...

lutfi said...

hang kena tulih gurindam untuk penyokong kedah yang masuk stadium baru ni. budak telaga maih ka, budak kola kedah?
atau tolang, hehehe

benuasuluk said...

tengah,
kat saya ada lagi kalau nak. Tapi sebab kat kedai payah cari, maka harga buku saya tukar kepada pound sterling. Nak tak?
:)

benuasuluk said...

wardah,
menunggu karya sdr pula.

benuasuluk said...

adi,
wah lawa kapai tobang dalam gambaq hang tuh. Upaq air ka? hak hak.

benuasuluk said...

awang,
yang hang tulih tu gurindam kerajaan kedah tua tu. hak hak.

benuasuluk said...

lut, budak telaga maih, kola kedah atau tolang atau jabi zaman kemahsyuran 80-an dulu. La depa dah ada wawasan haha.
Aku syak yang masuk stadium ni budak-budak sebelah kulim sik nami baling tikam batu kot. hak hak Jangan mare.

edolah said...

...tapi yg pasti yg redah masuk stadium tu bukan budak2 abi, utan aji atau kola perlih...sbb perlih menang ! hihi

benuasuluk said...

kri,supaya hang insaf mai aku bagi tau - yang banyak dok main di perelih tu budak-budak kedah gak. Perelih bukan ada apa, takat ada curut panjang ja.

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam sdr.RH. tahniah! promosi di tv lebih luas dan cepat hebahnya, meski sekejap. saya tumpang gembira ;)

benuasuluk said...

Sdr. Rendra,
terima kasih. Kita semua menyokong atas apa saja usaha yang baik untuk dunia buku dan dunia penerbitan. Dan kita, tentunya mahu terus menulis.

FARAHNYEMAHMULYA said...

Alhamdulillah tahniah, en wan

benuasuluk said...

oh lama nya farah buah hati abang tak ke sini...