12-14 November, Zakaria Ariffin, Nasir Razali dan saya - kami bertiga ke Kuala Terengganu; mengendalikan Bengkel Asas Penulisan Kreatif. Satu "tanggungjawab" sosial kami yang kecil, yang juga dilakukan oleh orang-orang dan badan-badan penulis lain untuk mencari dan membimbing generasi baharu penulis. Ini bengkel terakhir kami untuk tahun ini - sebelum ini di Alor Setar, Tawau dan Kuching. Peserta kali ini semuanya perempuan, entah Terengganu menghadapi masalah kekurangan lelaki gamaknya. Semuanya pelajar sekolah tingkatan empat, dari sekolah sekitar Negeri Terengganu. Alhamdulillah, ketika kami sampai banjir sudah mula sedikit menyurut, dapatlah pelajar-pelajar dari Hulu Terengganu, Dungun dan Besut juga sampai ke bengkel kami.
gambar gelap sikit - Zakaria Ariffin dalam taklimat awal memperkenalkan Fakulti Penulisan dan ASWARA kepada peserta-peserta
Antara peserta yang hadir, 27 orang semuanya
"Saye nokk tanye soalang buleh ke cikgu?"
bilik bengkel kecil sedikit tapi memanjang ke belakang - asalkan bengkel boleh jalan ok lah
"Jadual aku malang ni dengang pagi esok, mu pulok petang esok. Jadi petang esok aku boleh le berjalang-jalang ye! ye!"
Sesi bersama mantan penyair, uhuk!
Tak ada gambar yang menarik sesi saya, dua keping je dorang tolong ambil gambar. Maklumlah tak bawa jurugambar. Takkan saya nak ambil gambar sendiri, kan?
Sesi penyampaian sijil kepada peserta oleh Pengarah JKKN Terengganu, Encik Ghazali Bidin
Kami pula menyampaikan cenderamata ASWARA kepada Ghazali; saya pembimbing bengkel, saya jugalah yang pegang dulang cenderamata dan sijil. Prinsip Zack dan saya mudah - tak ramai orang pun kerja kami boleh jalan lancar juga, tak perlulah nak kepoh-kepoh ramai-ramai orang satu batalion kalau kerja seorang pun boleh buat. Di Kuching dulu, saya siap jadi pengacara majlis penutup lagi
Bergambar beramai-ramai selepas tamat acara penutupan.
p/s - yang bergambar berdua-dua dengan peserta tak bolehlah letak di sini, bahaya! Haha.
14 comments:
seronok berbengkel ya... (hehe, saja mengusik)
benua,
bila aku tgk gambar hang teringat aku kat lagu Exist,masih terserlah ayumu tapi tak ssuai utk hang,klu kat hang lagu tuh kena tukar jd memang terserlahlah keboyotanmu kahkahkahkah...
seronok makang nasi dagan di tgganu...
Saya menyokong segala yang baik.
ekspresi,
serr serrronokkk banggg
awang,
boyot boyot gua pun ada gelfren tau kahkahkah
che kem,
dok dang makang nasik dagang, makang nasi kuning jah dengang kepok
Sdr. marsli,
sokongan dihargai. Bila nak turun KL?
yang musykil tu kenapa gambar zakaria ariffin gelap sedangkan gambar benua suluk cerah. sabotaj ka
Ayah Leeh,
ha ha. Saya pun agak mesti jurufoto tu nak sabotaj Uncle Zack ha ha
ehem.. ada gayanya nampaknya encik benua suluk macam nak lajak sempadan ke teganu pulak ke gamaknya ya.. hehehe
hasmora,
entahlah, negeri pantai timur ni unik sunguh ha ha. Tahun depan buat kat Pahang pulalah, baru boleh beza macam mana keh keh
ada hati tu.. simpan nawaitu tu baik-baik.. hehe
has,
niat yang baik kawan-kawan kenalah sokong, :)
Post a Comment