Sunday, June 14, 2009

Muzium Padi

SEMPAT merakam beberapa gambar sewaktu singgah di Muzium Padi. Muzium yang berlatarbelakangkan Gunung Keriang ini dirasmikan oleh Tuanku Sultan Kedah pada 12 Oktober 2004. Inilah antara mercu tanda Negeri Kedah yang wajar dikunjungi. Jaraknya cuma lapan kilometer sahaja dari bandaraya Alor Setar.

Muzium ini yang berkeluasan 12,000 meter persegi mempunyai tiga aras. Aras paling menarik bagi saya ialah aras tiga. Dengan menaiki 59 anak tangga, kita boleh sampai ke puncak Gunung Keriang. Menariknya pada aras ini, boleh melihat panorama perkampungan tradisional dengan sawah padi yang terbentang luas. Jangan keliru, ia hanyalah mural sebenarnya. Ketinggiannya lapan meter serta 103 meter panjang. Merupakan mural terbesar dan tercantik di Malaysia. Tak percaya? Silalah berkunjung ke sini. Mural ini khabarnya dilukis oleh pelukis-pelukis yang dibawa dari Korea. Uniknya, sepanjang melihat mural ini, kita akan bergerak di atas platform yang berputar. Sepanjang platform ini bergerak, kita akan dapat menghayati proses semusim bagaimana padi ditanam, hinggalah dituai. Unik sekali.

Silalah datang ke negeriku tercinta. Sempat ambil beberapa keping gambar. Sayang, hajat hendak ambil gambar dari luar muzium ini gendala tidak menjadi. Ketika sedang asyik mengambil gambar dari platform yang berpusing-pusing inilah kamera saya kehabisan bateri. Waktu macam ini pula kamera boleh “potong syeikh.” Cadangan hendak mengambil gambar muzium ini dari luar (yang berbentuk gemal padi) terus ruyup.

Saya berjanji akan datang lagi ke sini, tak puas ambil gambar-gambar mural yang cantik (kena bayar RM 2.00 tambahan kalau mahu bergambar). Tiket masuk RM 3.00 dewasa, kanak-kanak RM 1.00 sahaja, rombongan sekolah RM 1.00 sahaja. Dibuka setiap hari kecuali hari raya Aidilfitri dan Aidiladha sahaja.








8 comments:

Eva Sardiyanti Sarudin said...

~wah! macam menarik saja tempatnya... teringat pula saya kampung halaman... insya-allah, panjang umur, murah rezeki, saya akan sampai ke sana... yang paling saya nak tengok kat saya adalah gunung yang menyimpan kristal... kaya sungguh orang Kedah ni ye... hehehehe...

Teratakerapung said...

saya pernah juga ke muzium padi di kedah, beberapa photo saya ambil terutamanya di dalam muzium tersebut. sajak "kerbau dan padi" terhasil dari pengalaman itu. tapi paling saya suka adalah kerusi bergerak.

benuasuluk said...

rainrose,
memang menarik. Seronok kalau kita dapat memesrai kehebatan ranah tradisi kita

benuasuluk said...

teratakerapung,
di tingkat bawah saya terpesona dengan lukisan Empangan Pedu. Sangat cantik.

Nur Fatiha Fadila said...

Huhu, impian yang belum tercapai = untuk berada di tengah sawah dan mengenggenggam pohon padi. Bersyukurlah bagi yang mempunyai kampung halaman seindah itu.

benuasuluk said...

wardah,
tahukah sdr. perkara yang sangat saya ingini? Waktu musim menuai, membuat serunai dari batang padi. Bunyinya sangat memukau. Waktu pun dah berlalu, saya pun dah lupa bagaimana nak buat serunai dari batang padi.

Nur Fatiha Fadila said...
This comment has been removed by the author.
Nur Fatiha Fadila said...

Semestinya saya tidak pernah mengetahui hal itu. Mendengar kisah-kisah indah rakan-rakan yang mempunyai kampung halaman sering menggigit rasa saya yang tidak mengenal erti hidup di kampung. Apa-apa pun, tahniah kepada saudara dan sesiapa sahaja yang diberi peluang menikmati keindahan kampung. huhu.