Wednesday, February 18, 2009

Buku dan Industri Buku

ISNIN lalu, kami menganjurkan Siri Wacana Sastera. Kali pertama untuk 2009 ini. Dan program ketiga sepanjang tiga minggu Februari ini. Insya-Allah, minggu hadapan akan ada lagi program Pesona Seni yang melibatkan Fakulti Penulisan. Kasad kami membawa salah seorang Sasterawan Negara pula. Untuk “kejernihan” anak-anak di sini. Semoga dengan itu mereka dapat menjauhi dari segala “tipu daya” manusia.

Dari setahun lalu hasrat kami tertangguh untuk mengadakan Siri Wacana; dan membawakan Ainon Mohd. Tentunya bercakap tentang buku dan industri buku. Dikhabarkan oleh Ainon industri buku sekarang (baca: buku Melayu) sedang berkembang dengan menggebu-gebu. Beliau juga menceritakan tentang betapa kita sering diberi maklumat yang salah tentang penerbitan buku. Misalnya mengenai survey yang dibuat oleh Perpustakaan Negara Malaysia.

Survey itu adalah survey umum untuk seluruh rakyat Malaysia – termasuklah orang Asli, bayi baru lahir, dan orang buta. Kemudiannya diambil purata. Jadi, dapatlah keputusan yang rakyat Malaysia ini pemalas; hanya membaca dua buah buku setahun. Kita telah diberi gambaran yang salah tentang hal ini, begitu kata Ainon. Mana mungkin dibuat survey terhadap orang Asli, bayi baru lahir dan orang buta yang tidak membaca buku.

Industri buku di Malaysia lebih berkembang dari kadar KDNK negara (6% setahun). Industri buku 10 kali ganda lebih berkembang dari kadar KDNK itu (sekali lagi, baca: industri buku Melayu). Dan, industri bagi pasaran buku Cina jauh lebih berkembang. Sekali lagi, kita diberi gambaran yang sangat salah. Oleh itu, jangan mudah percaya pada kajian yang dibuat pada peringkat nasional; ia umum dan tidak spesifik. Begitu ujar Ainon lagi.

Diberinya satu contoh yang sangat mudah. Tanda-tanda berkembangnya industri buku ialah bila ada pesta buku (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan Popular Book Fest). PBAKL menjurus pada jualan buku-buku berbahasa Melayu, Inggeris dan Arab, sementara Popular Book Fest pula buku Cina, Inggeris dan Melayu. PBAKL 2008 yang lalu sahaja mencatatkan sejumlah 2.2 juta pelawat. Khabarnya, untuk PBAKL 2009 ini para penerbit terpaksa “bergaduh” kerana diberikan ruang yang lebih kecil dari tahun sebelumnya. Ini bagi membolehkan lebih ramai penerbit buku untuk turut terlibat dalam PBAKL 2009 nanti. Nah, jadi di mana betulnya gambaran industri buku kita tidak berkembang (berkali-kali lagi baca: industri buku Melayu) dan di mana benarnya rakyat kita hanya membaca dua buah buku sahaja setahun?

Oh ya, selama enam tahun PPSMI dilaksanakan, khabarnya 60% PTS berkembang setahun. Dan pulangan PTS bagi tahun 2008 yang lalu adalah sebanyak RM 17 juta setelah ditolak itu ini. Jadi, di mana benarnya rakyat Malaysia malas membaca, di mana betulnya industri buku tiada masa depan (baca lagi wahai Mat Sembrong: buku Melayu). Kata Ainon lagi, nak jadi penerbit yang bagus untuk melariskan buku tak semestinya perlukan sebuah stor atau gudang yang terbesar di dunia seperti yang ada di Hulu Kelang. Jadi, tugas penerbit buku ialah mencari jalan untuk menjual bukunya. Satu lagi, pasaran PTS katanya tidak masuk melalui pembelian tender oleh kerajaan. PTS berjuang sendiri.

Seperkara lagi, ada lagi berita gembira. PT Gramedia khabarnya akan masuk ke Malaysia – sedang mencari tempat. Dan ini harus “menggerunkan” MPH. Konsepnya sama seperti MPH, menyerang bandar-bandar besar. Mereka mahukan sekurang-kurangnya 20 ribu kaki persegi. Soalnya, dalam masa terdekat ini belum ada Megamall atau kompleks beli belah baru yang akan tumbuh. Kecuali pentadbir utamanya dari Indonesia, semua kakitangannya nanti adalah anak-anak tempatan kita.

Tercetus dalam kepala saya: Kawan-kawan saya yang sebulan atau dua bulan sekali ke Jakarta mencari buku, apa alasan lagi nak diberitahu pada isteri seandainya ingin ke sana, walhal di sini sudah ada gedung buku Gramedia. Hak hak.

7 comments:

Anonymous said...

yahooooooo,
yahuuuuuuu yahuuuuu

yahuuuuuuu yahuuuuuu
yahuuuuuuu yahuuuuuu

oh PT Gremedia aku cintakan kamu aku cintakan kamu.takkan ku pandang lagi MPH dan Borders.kau datanglah dengan segera kerana ku tak berdaya nak ke seberang aku orang yang tak berwang sebagaimana benusuluk.
ba hak hak...

Anonymous said...

canteeek

buku2 pak pram akan habis dirogol

buleh beli "atheis' - achdiat k miharja. dah la kat ask ada satu je!

yuhuuuu

FARAHNYEMAHMULYA said...

hahaha
itu la kerja incik wan ke indon ye

Rahimidin Z said...

Dalam mimpiku Mat Semberong dah bertukar menajdi BABi

benuasuluk said...

awang,
cepatlah buat paspor, kita pi sana sebelum gramedia dah ada di sini. Atau lu takut bini? Ba hak hak.

epool,
aswara kedekut duit beli buku. Pasang bumbung, tanam pokok, makan kedarah besar-besar boleh.

farah my dear,
boleh farah temankan abang ke sana? Bulan Mac nanti ada pesta buku. Lambat lagi tu gramedia nak bukak kedai di sini.
:)

Pak Rahimi,
kok begitu sekali mimpimu?
Lain kali jangan mimpi dia aja jadi babi, tolong mimpi 24keturunannya semua jadi babi, kepala di belakang, juboq di depan.
Ba hak hak.

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

saya sokong sangat gramedia nak bukak kat sini... saya pun dah bosan pergi MPH dan kinokunia, novel popular tergolek lebih banyak dari buku sastera.

benuasuluk said...

tengah,
biar buku tergolek, jangan sdr. sendiri tergolek dah. Hi hi.