Belajar Menjadi Penyair
TIDAK semua orang dilahirkan untuk menjadi penyair. Tidak semua orang bercita-cita untuk jadi penyair. Tidak semua orang berminat dengan dunia penulisan. Maka, bila sesekali ada majlis atau acara baca puisi menjemput golongan yang di luar kawakan golongan penyair, ada beberapa hal yang “menarik” dan “enak” disinggung.
Dalam acara, beberapa nama besar dalam dunia kepenyairan turut serta. Mereka tampil dengan gaya dan aroma sebagai penyair tulen. Tolak ketepi sama ada bacaan atau deklamasinya menarik atau tidak. Itu soal lain. Soalnya, dia tampil ke pentas dengan gaya penyair tulen.
Ini berbeda dengan golongan bukan penyair yang diundang untuk turut sama berpuisi pada acara tersebut. Maka ketika berdiri di pentas, mereka akan bermukadimah, berapologi yang bukan-bukan, yang tidak sepatutnya direpekkan oleh penyair di pentas. Antara yang selalu didengar ialah ayat saya bukan penyair, ini kali pertama saya dijemput membaca puisi, maaf kalau deklamasi saya tidak bagus, puisi ini baru saya karang petang tadi sebelum datang ke sini, puisi ini adalah puisi orang sebab saya tak pernah tulis puisi, dan entah bermacam-macam kata lagi yang adakalanya boleh menimbulkan rasa mual.
Kalau sudah penganjur mengundang itu bermakna ada sebablah. Mungkin sebab karismanya bagus, mungkin namanya besar dan boleh menarik khalayak, mungkin juga dia dijemput sebab dia kawan-kawan kepada penganjur; bahkan mungkin bos besar penganjur yang minta si polan-polan itu turut dijemput baca puisi – walaupun si polan-polan itu sendiri tidak meminati puisi dan tak pernah pun hadir ke acara baca puisi mana-mana tempat.
Maka, untuk menutup kekurangannya, atau barangkali untuk mengelakkan si polan itu terkencing di atas pentas, maka dia pun membawa teman ke pentas. Sama ada untuk memetik gitar, sama ada untuk memetik gambus, sama ada untuk menggesek biola, sama ada menggesek rebab, sama ada untuk memetik piano, sama ada diiringi oleh penari.
Dia pun berpuisi diiringi “kawan-kawannya” itu. Tak jadi masalah pun kepada penganjur. Dan tak menjadi masalah pun kepada khalayak yang hadir. Bawalah kawan-kawannya itu. Majlis tetap berjalan. Khalayak tetap duduk. Yang mendengar terus tekun, yang menyampah akan berborak-borak bersama teman. Atau pura-pura bangun mengambil teh tarik dan karipap. Tidak diboooo atau dibaling telur kemuruk pun. Gasaklah! Bacalah puisi itu. Sesudah membaca orang tepuk juga. Orang tak pandang pun kainnya atau seluarnya nak tengok terkencing atau tidak.
Tapi bila naik ke pentas itu dengan bercakap segala repek-repekan yang saya sebutkan di atas, secara tidak sedar ia boleh mengguris hati penganjur sebagai tuan rumah. Tuan rumah menjemput datang dengan penuh berbesar hati, dan memandang undangannya dengan penuh kemuliaan barangkali. Tapi, dengan menyebut repek-repekan itu menunjukkan “koman” sungguh tuan rumah memanggil penyair cap ayam ke pentas.
Dan penyair tulen selalunya menang dalam hal ini. Naik ke pentas sebagai penyair tulen, karismanya tulen, bahkan puisinya juga tulen ditulis sendiri. Walaupun bacaan atau deklamasinya adakalanya seperti urat wayar mikrofon tersentot. Tak apa, itu bukan masalah sangat kalau pun bacaan puisi penyair tulen ini buruk. Soalnya, dia tulen. Di sinilah selalunya penyair memperoleh kemenangan. Kemudian, melangkah turun juga sebagai seniman tulen.
Puisi selamanya akan tetap kekal puisi. Dan penyair tulen selalu hidup bersamanya. Kedua-duanya – puisi dan penyair tulen; boleh membaham siapa sahaja yang cuba main-main ...
10 comments:
salam koman spanar cap ayam,
izinkan saya untuk bersajak enche wan kehkehkehkeh...
you,
kalau you jadi i?
you jadi i yang tak
dapat naik ini,macam
mana..
you,
kalau i jadi you
i akan punggah semua
yang ada di sisi you
i akan punggah kroni-kroni
you dan jam itu you baru tauu!!
you,
kalau you buta tuli
mengapa i pun you nak
ditulikan..you memang tak berguna
you,
apa kata you jadi i untuk
seketika kalau you nak selamanya
pun you boleh...
you buat i macam mentimun
i tahu you durian
you,
apa kata u jadi tempoyak
i nak mentimunkan you
i nak lenyek-lenyekkk...you
you,
you memang haram jadah lah
you dan you all haram jadah
tapi kan you,
i tahu,sekuat mana pun
i maki-maki you
i ini takkan jadi macam you
i do not miss you...
ba hak hak sori enche wan ini sajak bodoh-bodoh jer gua tak reti nak bersajak lu lainlah penyair suluk.ini sajak i YOU bahagian pertama.
Ya... memberi pada yang tak pernah tahu menghargai, begitulah kaedahnya! Tapi tak mengapa barangkali, sebab 'dia' sempat berlatih sesampainya dia. Sebab tu la bunyinya 'lancar'! 1 lagi, janganlah marahkan 'kawan' si 'dia' tu sebab bunyi gesekan 'kawan'nya sedap didengar kalau nak dibandingkan dengan demaklasi si 'dia'...
awang,
ba hak hak hak hak hak.
dark,
tak, tak, saya tak marahkan kawan-kawan dia.
:)
Selalunya kalau org seperti 'dia' tu yang suka cakap merepek-repek ambil kesempatan sebelum baca puisi saya akan pergi ke tandas dulu sumbatkan 'kapas' di telinga dan datang semula ke pentas puisi untuk 'menonton' puisi sahaja.
tengah,
'dia' yang mana sdr. maksudkan? Saya bercakap perihal orang lain ...
'dia' tu tak kisahlah sesiapa pun... banyak je spesis macam tu...
tengah,
tulisan ini berdasarkan pemerhatian saya sama ada acara baca puisi di aswara atau di luar aswara setelah bertahun-tahun melihat dalam diam.
Sdr DS: Harap sihat walafiat.
Sdr. Marsli,
saya sihat walafiat. Harap sdr. di Balok juga sejahtera selalu.
Post a Comment