PERIHAL SULUK CINTAInilah kumpulan puisi pertama saya. Suluk Cinta bunyinya. Kata designer buku saya, "Ngko dengan Sudin sama saja jiwang. Semua macam sufi. Mat Suluk betul. Lain kali taruklah Adikku Pandai Menari ke hape ke..."
Saya hanya ketawa. Bertahun juga saya tunggu untuk melihat Suluk Cinta menjadi seperti ini. (Konsep asalnya lain, hanya saya dan designer tersohor itu saja yang tahu apa yang terjadi). Dalam blog MPR pun diiklankan buku saya dengan gambar kulit yang lain. Sawan juga saya dibuatnya. Sudahlah saya letih menanti dek kerana terlalu lama menunggu. Kata orang, lagi lama menunggu lagi manis nikmatnya. Entah, saya tak tahu.
Suluk Cinta ini mula saya kumpulkan pada 2002. Awalnya, dengan judul yang lain. (tentu designer saya akan suka judul asal ini kerana tidak sufi dan jiwang bunyinya). Tapi, itu cerita lama. Ada karib di Balik Pulau yang sangat menyokong kerja-kerja kepenyairan saya. Dia yang memberi pandangan itu ini. Sekarang, dia ada di KL. Dan Suluk Cinta ini dia yang berikan judulnya. Saya mengikut saja.
Sebelum ke Perhimpunan Penulis di Tanjung Piai barulah saya beranikan diri menghantar ke Pohon Lontar. Itu pun menggeletar bila saya hulur pada Sdr. Mohamad Shahidan. Lama juga menunggu. Akhirnya inilah hasilnya. Walaupun ada beberapa perkara yang meralatkan saya (terutama peta Arab tu), saya redha juga. Apa kena mengena peta Arab dengan "suluk" saya? Kumpulan puisi saya bukanlah puisi sufi pun. Sudahlah "remajanya" pun menjadi satu hal kepada saya. Lagipun, Arab saja ke yang sufi? Letaklah peta Arab pada buku Sudin atau Rahimidin. Depa baru sufi. Saya? Saya Komunis kot (S.M. Zakir mungkin tahu "kekomunisan" saya). Haha.Tak apalah, pujuk kawan-kawan, asal Pohon Lontar terbit sudah ok.
Itu belum cerita lepas terbit. Ada orang merengek-rengek macam pengantin nak lancarkan buku ni. Saya malas nak layan masa ni. Saya tak perlu majlis pelancaran dan gimik pelancaran yang ntah apa-apa. Saya perlukan orang beli dan baca buku saya. Itu sudah memadai bagi saya. Saya bukannya SN. Bila saya sebut belilah buku saya banyak-banyak dan letak di Perpustakaan tempat tuan cari makan, tak nak pula beli. Kesimpulannya, kalau lancar saya duduk belakang, dia duduk depan. Mana aci!
Selebihnya, saya dengan rendah hati menjemput kawan-kawan/peminat puisi untuk wisata ke Suluk Cinta. Benua Suluk tu. Komenlah apa yang patut, saya budak baru belajar.Puji ke langit belum tentu memanjangkan hayat kepenyairan saya, keji pun tidak akan memendekkan usia penulisan saya. Saya terima seadanya.
Salam hormat!
1 comment:
salam aku yg belum terlewat,
selamat datang ke arena blog.lambat bagi komen tapi waktu mula2 hang bagitau aku dah komen panjang terlebih lebar malangnya jalan belum diturap.apapun rajinlah menulis walau di mana anda berada,tulislah apa saja hatta tentang taik(tahi)anda sendiri tulislah `kami`akan`mendengar`.
cuma pesan saya jangan jadi katak alaska.
selamat berblog.
http://greatdaddy.blog.ekawan.com
anda boleh mencuba mengoggle untuk mencari blog saya.
Post a Comment