Thursday, June 19, 2014

PeTA 2014



 












Minggu lalu, selesai Seminar Penilaian Tahun Akhir (PeTA) 2014 untuk Fakulti Penulisan Kreatif. Inilah satu-satunya keunikan ASWARA yang tak ada di tempat lain. Sesi sepeti "viva" ini melibatkan sebelas pelajar Ijazah dan sembilan pelajar Diploma dengan pengkhususan masing-masing, modul penulisan kreatif serta penulisan lakon layar. Untuk diploma, ada dua pelajar yang memilih novel, dua drama pentas, tiga cereka tv, seorang biografi dan seorang juga drama bersiri. Untuk pelajar Ijazah pula, tiga mengkhusus dalam naskhah drama pentas, selebihnya memilih untuk naskhah lakon layar. 














Seperti yang kami simpulkan saban tahun, perjuangan mereka sebenarnya tidak tamat di sini. Perjuangan mereka baru saja bermula selepas tamatnya sesi PeTA ini. Selamat maju jaya semuanya. Keluarlah dari akuarium, dan berenanglah di laut luas.

No comments: