Wednesday, January 15, 2014

Tentang Negeri Kunang-kunang: Sorotan Teman-temanMohd Nazmi Yaakub
 
 
Ridzuan Harun, memang penyair yang sunyi. Kata-katanya lebih banyak terungkap pada puisinya berbanding alam realisnya. Barangkali kerana sukarnya beliau meluahkan kata-kata itulah, maka ia tumpah pada kumpulan puisinya termasuk Negeri Kunang-Kunang ini.

Puisi dalam kumpulan ini ialah jeritan batin Ridzuan - meskipun di tepi pantai, beliau tampak sunyi, dalam kenderaan, lebih selesa sepi atau di tengah-tengah keriuahan teman-teman, beliau seolah-olah tidak hadir bersama - semua yang ingin diucapkan oleh beliau, sudah pun diluahkan pada buku ini.

Puisi beliau yang paling kuat sudah tentu berada pada penghujungnya, Sepi Yang Paling Jauh - apakah ada lagi sepi yang tak mungkin kita gapai, selain daripada kematian?

Sumber: Goodreads

No comments: