Jemput hadir
Suara Kuala Lumpur, sebuah acara bulanan yang menampilkan persembahan baca puisi, nyanyian lagu puisi, muzik dan persembahan tradisional diadakan pada hari sabtu 25 Januari 2014 bermula jam 8.30 malam di pekarangan Perpustakaan Kuala Lumpur berdekatan Dataran Merdeka. Suara Kuala Lumpur bulan ini menampilkan juara-juara sayembara deklamasi kebangsaan iaitu Ahmad Shukri Abdullah dan Haryani Haron. Di samping menampilkan para pemenang utama Sayembara Penulisan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian iaitu Ridzuan Harun, Rahimidin Zahari dan Shamsudin Othman. Turut ditampilkan membaca puisi ialah Sahrunizam Abdul Talib, Saifullizan Yahaya, dan Sharina Johan. Acara dibuka dengan persembahan gendang Kumpulan Pesiban. Turut ditampilkan persembahan basking dari Kumpulan 7 Musafir dan Kumpulan U & Me. Penampilan istimewa kali ini daripada Badrul Hisham iaitu pemenang Sayembara Lagu Puisi DBP. Suara Kuala Lumpur diadakan pada minggu ketiga setiap bulan dalam usaha menyemarakkan Kuala Lumpur dengan kegiatan kebudayaan dan kesenian. Acara ini dianjurkan oleh Nusa Centre dengan kerjasama DBKL, DBP, ITBM.
Sumber: FB Suara Kuala Lumpur

No comments:
Post a Comment