Tazkirah
Ustaz, masa tazkirah ketika solat tarawih, bercerita pengalamannya ketika mengislamkan saudara baru. Kisahnya, pemuda yang mendapat hidayah ini bekerja di sebuah bengkel motor. Kerana takut kawan-kawan dan saudara maranya tahu dan cuba mengganggunya kemudian, ustaz ini dan kawan-kawannya cuba membantunya untuk membuka bengkel motor sendiri.
Pertamanya, untuk menolong saudara baru ini, Ustaz ini membawa beliau ke pusat zakat. Setelah berbasa-basi dan menerangkan hal sebenar kepada pegawai di pusat zakat itu, ustaz ini kemudiannya terkejut bila pegawai pusat zakat ini berkata kepada saudara baru ini, “Ni masuk Islam sebab nak kahwinkah?” Berubah air muka saudara baru ini dan Ustaz ini segera menyuruh beliau keluar dan tunggu di luar. Kemudian, tanpa tangguh-tangguh Ustaz ini terus ‘membelasah’ pegawai pusat zakat tersebut. Setengah jam juga ‘dibelasahnya’, kata Ustaz ini. Kemudian, beliau pun keluar meninggalkan pegawai tersebut terkebil-kebil.
Kedua, tidak jauh dari pusat zakat tersebut, ada baitulmal. Atas usaha untuk menolong, ustaz ini membawa pemuda saudara baru ini singgah di baitulmal. Sekali lagi Ustaz tersebut melenting, bila mana pegawai di baitulmal tersebut bertanya, “Ni masuk Islam sebab nak duitkah?” Terpaksa sekali lagi Ustaz ini ’berceramah’ percuma kepada pegawai tersebut. Akhirnya, atas inisiatif Ustaz ini dan kawan-kawannya memungut derma sesama mereka, dapatlah mereka membantu saudara baru ini; tanpa sesen pun mendapat bantuan dari pusat zakat atau baitulmal.
Kata Ustaz ini, kita terlampau banyak kerenah dan sengaja menyusahkan. Kita pandai berkempen memungut wang zakat, sampai ke kampung-kampung, tapi kita tak reti hendak membantu golongan yang memerlukan. Kita berbangga saban tahun kutipan zakat kita meningkat sekian-sekian juta, tapi kita tak pernah turun mencari siapa yang layak diberikan bantuan. Kita sengaja mencipta susah dan mahu memayahkan dalam semua perkara. Kita terlampau berkira. Ustaz ini juga bercerita, dia dan kawan-kawannya membuat kerja kebajikan sehingga masuk ke kawasan pedalaman untuk mencari orang susah dan diberikan bantuan – kerja yang sepatutnya dilakukan oleh pengutip zakat, katanya. Di sini juga, dia menceritakan hal yang membuatkan saya tersentuh – ketika memberi bantuan kepada orang susah di surau di suatu tempat, turut menerima bantuan adalah orang yang beragama bukan Islam. Atas rasa ‘kejernihan’ ini, beberapa keluarga bukan Islam memeluk Islam kemudiannya kerana tersentuh dengan keindahan Islam.
Kata Ustaz, bila ada orang dari agama lain membantu orang kita yang susah, kita melenting dan marah berdegar-degar. Hakikatnya, kita di mana ketika saudara kita sangat memerlukan? Saya menyimpan sebak yang dalam. Tazkirah yang disertakan dengan tayangan slaid (kisah dia membuka pusat penempatan pondok dan pusat motivasi serta rakamannya membantu orang susah) yang sepatutnya hanya sekitar 15 minit atau paling lama pun setengah jam, berlangsung satu jam lebih. Malam itu, tarawih kami habis lambat daripada biasa.
Saya tamatkan dulu catatan saya.

3 comments:
Salam Bro,
Demikian yang sedang terjadi di semua Pejabat Baitulmal dan juga Zakat kita di Malaysia. TAdi pun pun aku baru dengaq radio kata "Pejabat Zakat Negeri Kedah bising sebab tak achive RM38 juta kutipan zakat Padi tahun ini, cuma dapat 4 juta saja...
Dan tas sebab yang sedemikian maka kita pun mengaruk-ngaruk marah Gereja dok pujuk Muslim...isu murtad bagai...Malaysia KU
Adi,
semoga kita dapat bercermin sesuatu dengan himah ini.
Post a Comment