Thursday, February 10, 2011

Dua Situasi

1. Laporan MQA sudah sampai minggu lalu, setelah beberapa waktu menunggu. Terasa lelah lama belum hilang, beban baru kembali datang minta digalas. Banyak perkara yang perlu dijawab kepada mereka; banyak juga yang perlu diperbetulkan mengikut cadangan MQA untuk memantapkan Fakulti Penulisan, terutama hal-hal yang menyangkut dengan kurikulum. Paling lebih yang perlu diberikan perhatian kepada kami ialah tentang program ijazah sarjana muda kami, yang baru lepas pusingan tiga tahun baru-baru ini. Sebagai bidang baru di sini, rasa saya MQA sangat memberi penelitian dan tumpuan lebih kepada ijazah berbanding dengan diploma. Ijazah lebih terperinci, soalan dan pandangan mereka juga menunjukkan mereka sangat teliti. Insya-Allah, kami akan lebih bekerja keras untuk memenuhi tuntutan piawaian ini, untuk kemudahan jangka panjang untuk pelajar-pelajar kami.

2. Saya ingin bertanya kepada kawan-kawan, terutamanya yang berada dalam dunia akademik sudah tersangat lama, untuk meminta pandangan. Atas khilaf saya barangkali, dua hari lepas saya mengulang baca tugasan pelajar saya kembali – tugasan untuk semester lepas. Baru saya terkesan pelajar ini mencuri, menciplak bulat-bulat untuk kursus tugasan saya. Saya tak dapat kesan sebelum ini, mungkin tak tahu. Tapi tergerak hati untu menyemak semula. Dan, sahih, pelajar ini memang telah melakukan jenayah dalam penulisan, perkara yang paling saya titikberatkan bila masuk ke kelas. Malangnya, semester lepas telah berlalu, slip peperiksaan pun sudah terlepas. Pelajar ini sedang melalui semester baru sekarang. Kawan-kawan, boleh bantu apa tindakan yang boleh saya lakukan? Mungkin cara institusi lain menangani hal ini boleh saya kongsikan. Kalau ikut hati, saya mahu saja ke bahagian akademik, minta ditarik balik keputusan peperiksaan. Oh, saya belum bercakap dengan dekan saya...

7 comments:

saleeh rahamad said...

panggil dia dan katakan bahawa itu akan diadukan kepada pihak fakulti. dan suruh dia buat semula. semak dan pastikan dia buat tanpa ciplak.

MOHAMED NASSER MOHAMED said...

tarik balik keputusan yg telah diberikan..minta dibuat semula dan pastikan rekodnya dimaklumkan kepada semua pensyarah lain dalam semua subjek..ini lebih mudah kerana dia masih dalam pengajian..

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

Salam Tuan tanah,
Cikgu sekolah rendah nak bagi komen. Sepatutnya, panggil dia, habaq kat dia , hang buat salah besaq, lepas ni jangan buat dah. Bukan mudah nak plagiat sekarang ni. Bagi dia buat lain. Tu ja lah..cikgu sekolah rendah bagi cadangan..sebab budak la pun pandai meniru...last-last buat lain la jawabnya.

benuasuluk said...

Ayah Leeh,
terima kasih. Hari ini akan saya usahakan berjumpa dengan pelajar ini. Dah berjangkit-jangkit budak ni, pensyarah lain pun dia nak kencing juga.

benuasuluk said...

Tuan Nasser,
terima kasih. Menarik balik juga sudah ada dalam fikiran saya. Saya sedang teliti peraturan akademik di bawah fasal 2.4.14 Kecurangan Akademik. Moga ada pencerahan

benuasuluk said...

Tuan anjungsena,
cikgu sekolah rendah pun ok apa.

Anonymous said...

keras bila perlu keras..