Tentang Interlok
Tipu kalau saya tidak rasa kesal dan marah bila ada sekelompok manusia yang jahil dan buta sejarah, tak kenang peradaban, tak kenal diri sendiri bila membakar novel Interlok karya SN Abdullah Hussain.
Hanya saya ingin mengatakan syabas dan ucapkan tahniah kerana inilah ‘bukti’ kejayaan kerajaan kita sepanjang lebih 50 tahun merdeka. Ketika tersepit, kesempatan diambil dengan mendahulukan mereka untuk memulihkan keyakinan, apa diminta beri, apa didesak kendur dengan mengalah, beralah dan beralah hingga menyentak kiblat bangsa.
Membakar Interlok adalah satu tindakan bacul, bodoh dan sungguh tidak beretika. Murugiah, Manoharan kamu buta sejarah, kamu tak kenal bangsa kamu, kamu tak kenal diri sendiri pun, bahkan kamu pencetus ketegangan.
Dan kamu Dr. Siti Mariah anak Cikgu Mahmud, saya malu sebagai orang Pokok Sena. Saya malu, malu dengan kamu. Ayah saya, sangat menyanjung Cikgu Mahmud sebagai kawan baik. Saya sedih, tertitik air mata sesal saya kerana kamu ada di tengah-tengah kemelut, berdiri untuk meraih kesempatan politik, hingga kamu membelakangkan kepentingan peradaban nusa. Saya malu kerana kamu bebal. Hari ini kamu cemarkan peradaban kami dengan pakaian politikus kamu. Sedarlah, hari ini perpaduan tak lebih tinggi daripada buku lali kamu, Mariah. Kamu akan terhukum dalam sejarah nanti. Sejarah tidak berdusta, hanya pencatat sejarah saja yang sering menipu. Hari ini, kerana kamu, air mata yang tertitik ini telah menghanyutkan jambatan yang telah 'keluarga kita' bina sekian lama.

12 comments:
Dr.siti mariah ahli parlimen kota raja tuh,kawasan aku.oh hang sekampung dgn dia ka?
hurmmm,politikus sama lah macam tikus.busuk!!
Bro: Sumer dah jadi pukemak.
kasihan dengan nasib sasterawan negara Abdullah Hussain. =(
awang,
mariah bukan sekampung, tapi seposkod. Ayah dia ada hubungan baik dengan ayah aku, biasalah 'orang perjuangan'. Tindakan Mariah, walau kemudiannya cuba dibetulkan dengan membuat kenyataan, bagi aku sudah tidak memberikan apa-apa makna. Dia tetap memberi luka.
Bro Marsli,
pukemak pokemon
aizie,
saya lebih 'kasihan' dengan orang kita.
Tuan tanah..saya pun org pokok sena...tapi dr tu dia tak belajaq sejarah...sebab tu jadi lagu tu...lepas ni mungkin buku tuan tanah pula kena ubah...panassss ni..
anjungsena,
aii lama tak singgah sini :-).
rileks la bro. rock skit..kita kasi goyang itu worang.
luqman,
bila free, kita ngeteh? Nak ajak hang pi tengok ada satu galeri lukisan yang baru buka kat s.u tu. hang dah pi?
lebih kasihan dengan orang kita? mendalam maksudnya En Wan.
Pi galeri tak ajak aku, mentang2 aku tak dak duit. Tak mau mengaku orang senegri
Post a Comment