Usai MPR, saya, Shamsudin dan Nazmi berkereta wara-wiri. Hendak pulang ke KL masih tersangat awal rasanya. Saya cadangkan kami ke Kompleks Sejarah di Pengkalan Kempas, jarak 27km lebih kurang dengan Port Dickson. Perkataan 'kompleks' itu mengghairahkan kami, semacam suatu tempat yang besar tentunya. Tapi di sini, hanya sebuah makam saja yang ada, Makam Sheikh Ahmad Majnun. Saya macam tak puas hati sesudah meredah hujan renyai ke sini. Kat jalan belakang tu ada lagi kot tempat bersejarah, kata saya. Sheikh, kat belakang tu kubur cina, kata Shamsudin mengundang tawa Nazmi dan saya.


Makam Syeikh Ahmad Majnun, pendakwah Islam zaman Kesultanan Melayu Melaka

sebelah makam, batu hidup atau batu megalit; wujud sejak abad ke-2 dan ke-3

Selepas pekena pisang goreng cecah sambal kicap, kami singgah di Rumah Api Tanjung Tuan. Parkir kereta di tepi Ilham Resort, kami memanjat ke atas dengan berjalan kaki. Dari pintu masuk, jaraknya 870 meter, boleh tahan mencungapnya mendaki. Ketinggian menara ini dari aras laut ialah 500 meter.

kenang-kenangan diri

dan tak pernah bertiga dalam foto dengan Shamsudin dan Nazmi

memandang Selat Melaka yang menganjur jauh, ilham tiba-tiba ada

sungguh, kamera takkan mampu merakam keindahan mata memandang keagungan-Nya



6 comments:
asyik seluk poket ja hang nih.
awang, tengok shamsudin pun ada juga bergambar dalam poket. Nak tau sebab apa? hah kami baru abis bengkel, jadi dalam poket tu ada cek kehkehkehkeh oitt cek tu buat bekal beli minyak masak setahun kahkahkah
Hebat hampa!
Patutlah nazmi sanggup mai dari bangi ke pd, konon nak buat coverage mpr, tapi yang benarnya sebab nak warawiri!
Kak Ina,
kami memenuhi hajat sebagai musafir hehehe
p/s-nazmi tu ada hutang dengan saya, gambar tak juga keluar-keluar BH :-)
Salam
Kenapa semua pose pamer perut? Hehehehe
Dr. F,
ada dua ciri keunggulan lelaki; satu kepala rambut jarang, kedua perut mantoppp haha
Post a Comment