Sunday, December 12, 2010

Bingung

Dua tiga hari ini ada yang membingungkan saya. Beberapa hari yang lalu saya pergi mendaftar brodband. Tiba-tiba, budak kedai menghulurkan telefonnya, ada orang dari ‘center’ hendak bercakap dengan saya. Mulanya saya ingat tidak ada apa-apa bila dia bertanyakan alamat tempat kerja. Saya berilah. Beri alamat tempat kerja yang lain, katanya lagi. Saya jawab tak ada. Dia minta beri alamat penuh semasa pejabat lama saya beroperasi di Jalan Ampang.

Saya rasa sudah ada perkara yang tidak betul. Saya pun sebut sajalah alamat lama (tanpa ingat lagi poskod). Kemudiannya saya dimaklumkan saya ada berhutang talian postpaid. Saya jawab, saya tak pernah pakai postpaid macam mana saya ada hutang? Sejak zaman belajar di UPM dulu, saya hanya pakai prepaid saja walau pun ada dua tiga kali tukar nombor. Kemudiannya saya dimaklumkan mungkin ada orang telah mencuri menggunakan kad pengenalan saya untuk mendaftarkan talian telefon bimbit, kemudiannya tak bayar bil.

Mungkin kad pengenalan saya pernah hilang, kata orang di ‘center’ tersebut. Saya cakap saya tak pernah hilang atau tercicir apa-apa kad pengenalan diri. Walau pun talian telefon bimbit itu sudah tak aktif, tapi hutang tertunggak itu menyusahkan saya (bukanlah banyak pun, tapi RM 40 lebih-lebih saja). Bil tak pernah pula sampai ke tangan saya. Walau pun tak banyak, ini sudah menyusahkan saya. Siap boleh pakai alamat lengkap pejabat lama ASK saya dulu lagi, siap dengan nombor tingkat pejabat. Saya disarankan untuk membuat laporan polis atas ‘jenayah’ ini. Kalau tidak, saya tidak boleh daftar apa-apa yang berbentuk talian.

Dalam kereta saya terfikir hendak ke balai atau tidak. Nanti dulu, tiba-tiba saya terfikir sendiri. Budak ‘center’ itu ada sebut tahun 2003 waktu saya hutang bil itu. Memang waktu itu pejabat ASK di Jalan Ampang. Apakah ini ‘kerja’ orang yang pernah/telah kerja sepejabat dengan saya? Ketika itu, saya ditempatkan di bahagian pentadbiran. Hal-hal pengurusan dan sumber manusia yang yang urus. Memang ‘orang-orang atas’ ada kebenaran untuk pakai telefon bimbit yang bilnya dibayar atas nama pejabat. Saya tak pernah pakai; yang pakai hanya dua orang bos di atas saya saja. Saya terfikir, apakah orang di bawah saya waktu itu yang menguruskan hal ini telah mendaftar gunakan nama saya telefon bimbit itu untuk bos kami pakai ketika itu? Sekarang saya tidak ingin menuduh, tapi firasat saya sudah ke situ.

Ada dua orang staf di bawah saya yang menguruskan hal pengurusan, termasuk soal-soal pembayaran bil. Seorang penolong pegawai tadbir, seorang pembantu tadbir. Apakah mereka telah mendaftarkan nama saya untuk bos kami menggunakan telefon bimbit tanpa pengetahuan saya, atau tanpa memaklumkan terlebih dulu kepada saya? Saya jadi bingung. Lagi pun kedua-duanya sudah tidak lagi berkhidmat di sini – seorang sudah pencen, seorang lagi sudah bertahun-tahun pindah pejabat entah ke mana. Kalau bertanya pun, tentu sudah tak ingat, atau boleh saja buat-buat tak ingat. Perkara sudah tujuh tahun. Bos saya yang dulu pun sudah lima enam tahun bertukar ke bahagian lain. Saya jadi bingung.

Dan kerana saya bingung, kereta yang sepatutnya saya arah ke balai polis, saya belok menghala ke jalan pulang ke rumah. Sampai entri ini ditulis, saya tak buat apa-apa laporan polis dan tak tahu nak buat apa.

10 comments:

MARSLI N.O said...

RM 40? Lu ingat nak bayar atau buat bodo jer? Kalau x bayar, bil tu boleh jadi makin banyak ker tak? Kalau bil tu tak boleh jadi makin naik sampai ribu2, wa ingat serah pada lu la nak bayar atau tak.

Paling2 pun lu x bole nak daftar kat broadband dgn syarikat tu. Tapi kan ada banyak lagi syarikat, digi ker, maxiske..

Wa ingat lu x yah sampai bingun la bab nih.

Betul wa cakap sama lu.

MARSLI N.O

Pria said...

oh. Ada juga musuh dalam selimut barangkali?

Rambut sama hitam En Wan, hati lain-lain .

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

Saya rasa baik En.Wan tak payah bayar, buat apa byr perkhidmatan yg kita tak guna.

awangsulungmerahmenyala said...

hidup ini membingungkan kita.

benuasuluk said...

Sdr. Marsli, wah sejak balik Korea dah pandai ber lu gua lu gua. Hi hi.

benuasuluk said...

Aizie,
entahlah.Saya harap telahan saya salah. Kalau betul ini berpunca dari hal kerja pejabat dulu, saya juga tak tahu nak cakap apa; sama ada staf bawah saya yang buat tak betul, atau bos di atas saya yang buat tak betul. Mohon dijauhkan...

benuasuluk said...

jiha,
yup, betul. saya tak akan bayar walau mampu bayar.

benuasuluk said...

awang,
sudah plankah jadual untuk kita membengongkan diri 2011 akan datang kehkehkeh

MARSLI N.O said...

Bro: Rilek la. Wa pun nak beralih anghin gak. Dah letihla guna bahasa yang sopan dan molek di zaman yang semakin pokemak nih!

MARSLI N.O

benuasuluk said...

Bro Marsli, wa caya sama lu :-)