Friday, October 22, 2010

Bersama Editor

Selesai sesi Wacana Sastera, kali ini Bersama Editor Sastera Kanak-kanak dari Utusan Publications & Distributions. Alhamdulillah, walau pada skala kecil, dan tidak dibuka kepada khalayak luar, saya rasa sesi kali ini turut memberi suatu signifikan. Sesi ini dianjurkan oleh para pelajar kursus Penulisan Cerita Kanak-kanak bagi memenuhi tuntutan kursus yang mereka pelajari. Pelajar yang mengambil kursus ini tidak ramai, hanya 10 orang; kemudiannya ditambah beberapa orang pelajar lain yang berminat untuk turut serta bersama kami. Tidak sampai 20 pun. Tidak kepada ceramah atau cakap sehala, sesi ini lebih berbentuk bercakap, bertanya dan bertukar pendapat dalam suasana yang sangat mercup. Jadi, sesi ini pastinya sangat berguna.


Terima kasih tidak terhingga kepada sdr. Rozlan Mohamed Noor dan sdr. Badrol Awang - pertamanya kerana sudi memenuhi pelawaan dan undangan kami; keduanya kerana sesi 'cakap-cakap' seputar judul Potensi Penulisan dan Penerbitan, khususnya bagi Buku Cerita Kanak-kanak sangat memberi manfaat, menumbuhkan semangat, dan memercikkan inspirasi. Dalam santai, riuh dan gelak tawa, saya percaya adik-adik saya mendapat sesuatu yang baru; khususnya tentang buku dan penerbitan buku kanak-kanak daripada mulut editor sendiri.

Saya lega, dalam dihimpit ketiadaan dana sekupang pun saat ini untuk melaksanakan aktiviti kepada pelajar, saya cuba memberi mereka sesuatu. Emm, apa lagi ya yang saya boleh buat lepas ini?

No comments: