Thursday, April 8, 2010

Rahimidin, Bengkel dan Fatwa

Sudah lama saya tidak mendengar Rahimidin bercakap dalam acara-acara rasmi tentang pengalaman kepenyairannya. Masih saya ingat tampangnya, ketika kali pertama bersalam dengannya, di program MPR 1996. Itu kali pertama saya berjumpa dan mengenalinya. Tidak tersangka jabat erat mesra pada Isnin malam, 10 Jun 1996 itu membawa ke kini. Hampir 14 tahun! Saya kira, kerana itulah juga tiga tahun kemudian yang membawa saya mencarinya hingga ke Bandar Indera Mahkota, Kuantan sewaktu dia di sana. Pengalaman bermalam di rumahnya dan layanan baik di sana sentiasa menjadi ingatan. Darinya juga yang membawa saya bersila di rumah Marsli di Balok yang amat saya senangi, menikmati makan tengah hari; dan hubungan dengan Marsli juga akrab berlangsung santak kini. Mengingat puisi Bechah Keranji T. Alias Taib akhirnya juga membawa saya ke sana – saya sampai ke kampung teduh Rahimidin dalam redup Syawal ketika telah berkeluarga.

2005 di Tanjung Piai itu rasanya kali terakhir saya mendengar Rahimidin bercakap secara rasmi. Selebihnya, suaranya hampir dua atau tiga kali sehari akan terdengar di corong telefon saya kalau pun tidak berjumpa.

Kerana itu, pagi tadi saya ke UKM untuk mendengar dia bercakap seputar dunia puisinya. Maaf cakap, kalau sesiapa yang hadir untuk mendengar bagaimana menulis puisi, atau pengalaman puisinya tentu akan kecewa. Rahimidin tidak membentangkan secara lengkap pun pengalaman kepenyairannya. Tidak ada proses kreatif pun. Rahimidin seorang yang sombong, kata saya kepadanya selepas tamat acara. Yang lebih banyak disentuh ialah masa depan puisi di Malaysia – juga masa depan puisi di tangan orang yang "berlagak" mengaku dirinya itu penyair. Dan sesi ini juga menjadi sesi “mengata” orang yang pada perkiraan saya wajar dalam situasi sekarang.

Dan, yang hadir dapat mendengar “fatwa” Rahimidin dengan Jelas. Katanya, “Apabila terdapat penyair-penyair bukan Islam (Rahimidin menamakan dua contoh nama, saya malas nak tulis kedua-dua nama tu di blog saya) menulis puisi Islam, maka jadi kewajipan kepada penyair-penyair Islam untuk menulis puisi Islam.” Banyak percakapannya yang sekiranya dihadiri oleh orang-orang yang berbobot dalam dunia sastera tanah air akan tersentak dan naik angin. Tapi, jika diwaraskan terhadap percakapannya, nescaya dunia sastera kita akan menjadi lebih bijaksana. Ada impian, ada resah, ada keluh-kesah, ada gelisah, ada amarah, ada harapan dalam setiap butir katanya.

Saya berdoa, semoga akan ada karyanya lagi yang lebih menggemparkan selain Sekepal Tanahnya itu. Memang dia penyair yang sombong, yang saya senangi kesombongannya. Dia menjadi nama besar dalam dunia puisi kita dengan kesombongan itulah; saya kira.

12 comments:

Sham al-Johori said...

Tuan,
Bomoh memang macam tu, dia takut nanti ada orang lebih pandai daripada dia. Tapi bila bomoh dah keluarkan fatwa, itu tandanya tak lama lagi kiamatlah tu.

Luqman Hakim QA said...

dia bukan sombong la. dia ganaszzz

said...

hehe terima kasih abang redzuan kerana berkongsi. tersenyum saya membaca :)

lutfi said...

Malula jadi anak murid Syeikh Fuad kalau tak dak fatwa. Keh keh

saleeh rahamad said...

Dia ada mengata saya sebagai penyair palsu tak? orang macam saya ni, kalau kena kata dek rahimidin pun dah rasa bangga, belum dia puji lagi hahaha. nantilah saya tulis puisi Hatyai lak. penat lagi ni, baru balik.

benuasuluk said...

dosen madrasah,
hujung bulan nanti semua bomoh akan saya bawa pi mandi laut.

benuasuluk said...

luq,
sombong + ganas= somgan.
Ayatnya berbunyai, Rahimidin seorang penyair yang somgan heh heh

benuasuluk said...

jannaim,
saya suka senyuman awak, :-)

benuasuluk said...

lut,
kita tunggu fatwa muktabar yang seterusnya

benuasuluk said...

pak dosen hatyai,
saya kalau digelakkan sheikh kita ni pun dah bangga gila. Hui digelakkan rahimidin sapa tak bangga. tak puji pun tak apa, :)

edolah said...

..kau'kerbau'yang dimatangkan lumpur (petikan puisi "Bechah Keranji" karya arwah T.Alias Taib)
menjadi bahan kelucuan..tetapi bukan mudah seseorang yg relatif muda usianya mendpt perhatian utk dipuisikan oleh penyair mapan ! demikian sheikh rahimidin yg memberi impak besar dlm dunia kepenyairan saya..sekurang2nya dua..pertama "Tok Janggut"nya, dan kedua alam berumahtangga (yg ini..kami berdua berkongsi rahsianya)...hahaha

benuasuluk said...

edolah,
tak rahsia lagi, aku pun tau rahsia hangpa dua tu kehkehkeh