KELMARIN rakyat Negeri Kedah baru sahaja merayakan sambutan jubli emas ke bawah duli tuanku Sultan dengan penuh rasa syukur. Saya percaya, hari ini seluruh warga Kedah berdukacita, dan berkabung. Kepergian Dato' Paduka Haji Ahmad Basri Akil ( 25 April 1939- 15 Julai 2008) pasti amat dirasai oleh kami, khususnya peminat sejati bolasepak Kedah. Serangan jantung pada pukul 2.30 petang ketika beliau bera
da di Istana Anak Bukit menghadiri majlis pelancaran setem kenang-kenangan sempena sambutan Jubli Emas 50 tahun Pemerintahan Sultan Kedah.
da di Istana Anak Bukit menghadiri majlis pelancaran setem kenang-kenangan sempena sambutan Jubli Emas 50 tahun Pemerintahan Sultan Kedah.Inilah Bapa Pembangunan Bolasepak Kedah. Di tangannya, Kedah menjadi kuasa baru bolasepak negara. Bahkan kejayaan Kedah mutakhir ini adalah hasil kerja beliau sebelum ini. Pemimpin yang bersilih ganti selepas beliau hanyalah meneruskan kecemerlangan yang telah dirintis oleh beliau. Kini, kami benar-benar kehilangan.
Malam tadi, sewaktu di depan tv, saya melihat Azrai Khor dan Radhi Mat Din menangis. Bahkan saya percaya ramai lagi yang menangis. Terharu sungguh rasanya ketika ini. Pemimpin boleh datang dan pergi. Tapi kami tetap kehilangan Allahyarham. Tak perlulah ditulis segala khidmat baktinya lagi. Semua orang sudah tahu, bermula dari era pertengahan 1980-an Allahyarham membawa Kedah bangkit sebagai kuasa bolasepak yang mula digeruni. Ketika pasukan-pasukan lain hanya mampu hidup dengan nostalgia-nostalgia kehebatan mereka dalam zaman lampau, dan hanya tahu mencuri pemain-pemain bagus dari negeri lain, Allahyarham membuka lembaran baru untuk bolasepak Kedah.
Sepanjang penglibatan Allahyarham dalam kancah bolasepak, bolasepak negara diwarnai dengan pelbagai kontroversi yang melibatkan beliau sehingga beliau pernah digantung oleh FAM sewaktu menjawat jawatan Naib Presiden FAM. Kritikan-kritikannya (yang sebenarnya membina perkembangan bolasepak negara) tidak dapat diterima oleh FAM. Ini yang selalu orang kenang. Tapi kami mengenangnya lebih daripada itu.
Saya percaya FAM (Fikiran Amat Mereng @ Fikiran Amat Merapu) tidak akan meratapi kehilangan ini. Bahkan mungkin mereka tidak rasa apa-apa dengan kehilangan ini. Mereka tidak hilang apa-apa. Tapi sebenarnya mereka membiarkan sebutir mutiara hilang dalam terang. Maka kita akan terus dipaksa menunggu hingga entah bila untuk menanti kelahiran seorang lagi tokoh pemikir bolasepak yang amat berwibawa seperti Allahyarham untuk sekian lama lagi.
Saya sudah tidak mampu untuk menulis. Kelibat beliau ketika di tepi padang terus mengekor. Biarlah jasanya menjadi kenangan. Saya masih terbayang-bayang akan tangisan dan kesedihan luar biasa Azrai dan Radhi. Dan saya percaya kami semua tahu apa akan Azrai dan anak-anak buahnya akan lakukan. Satu lagi piala yang sedang diburu ini saya percaya adalah hadiah paling bermakna dari anak-anak Kedah yang cintakan bolasepak untuk beliau.
Selebihnya, kita iringkan dengan sekalung doa. Moga jasa -jasa yang beliau tingalkan ini akan membuka hari depannya di sana dengan sepercik cahaya. Al-fatihah.

6 comments:
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan hidayah-Nya. Al-Fatihah.
salam takziah,
Al-Fatihah,kawanku anda melakukan kerja yang bagus.pohon untuk saya menyelitkan nukilan anda di blog saya sebagai tanda penghargaan.terima kasih saudara.
Che Nan,
Amin!
Awang,
silakan, apa-apa yang terbaik untuk kita, silakan aja. Kita kehilangan sesuatu yang luar biasa untuk bolasepak kita.
Al-Fatihah.
Siapa yg tidak kenal dgn Allahyarham Dato' Paduka Ahmad Basri...kan!
Salam Wan,
Walaupun aku ni menumpang jd anak org Kedah tp rata2 org Kedah yg aku jumpa semalam semuanya terkedu.Berita radio cuma sebut sikit je sampai member kat sebelah kata 'ceh,ni dato' basri akil la...'
Aku follow gak bola sepak Kedah sekitar tahun 93.Boleh kata kenai gak semua org kuat bola tahun tu.La ni bola pun aku mcm tak kenai dah rupanya.Mungkin mcm bentuk kandil.Kwang kwang kwang!
Salam s.yanaz,
salam ukhuwwah, terima kasih kerana berkunjung. Ya, semua orang kenal allahyarham. Bendera hijaukuning masih "separuh tiang."
rai,
kami anak-anak kedah masih bersedih dan pasrah. semangat luarbiasa allahyarham akan terus hidup, dan zaman akan selalu mengenangnya.
Post a Comment